Saturday 15 September 2012

Kek Lapis Tembikai

Assalamualaikum, resepi kek ke-3 untuk raya '2012 yang Mah nak update ialah Kek Lapis Tembikai. Kat Sarawak, Kek Lapis Tembikai ini juga cukup popular. Tak pasti bila ia mula diperkenalkan, tapi rasa2nya lebih dari 5 tahun yang lepas. Hihihi........Sebenarnya, walaupun kek ini lama dah diperkenalkan, Mah sebenarnya baru mencuba kek ini pada raya tahun ini. Kira2 first try.......katakanlah!!!!! Apa yang paling menyeronokkan ialah, walaupun first try, resultnya tak menghampakan......at least adalah rupa macam tembikai tu!!!!!!!! Tak lupa, Mah nak ucapkan terima kasih banyak2, pada penyumbang resepi ini, tak tahu pula nama sebenar @ zheinysha@myresepi.com. Semoga Allah murahkan rezeki atas perkongsian resepi ini!!!!!!!!


Kek Lapis Tembikai
Sumber : Dari zheinysha@myresepi.com

Bahan2nya : (Acuan 9" x 9")

10 biji telur
16 ozs mentega
200 gm gula halus
300 gm tepung hong kong
1 tin kecil sekaya
1 tin kecil susu manis
1 paket serbuk santan (50gm)
1 botol chocolate chips (utk jadikan biji tembikai)
1 sudu makan ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna hijau, kuning & merah


Cara2 membuatnya:
  1. Sediakan loyang & griskan tepinya dengan sedikit mentega dan lapik dengan kertas minyak.
  2. Pukul mentega dengan susu manis sehingga putih dan kembang. Ketepikan.
  3. Di tempat yang berasingan, pukul telur, ovalette, gula halus dan esen vanilla sehingga sebati.
  4. Satukan adunan mentega tadi dengan adunan telur. Pukul sehingga betul2 sebati.
  5. Masukkan sekaya dan serbuk santan, pukul lagi hingga adunan sebati.
  6. Masukkan tepung, sedikit demi sedikit. Gaul lagi sehingga sebati.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 Bahagian.
  8. Bahagian 1 : Beri warna hijau. Warna hijau ini ada 3 lapisan dan setiap lapisan disukat dengan 2 senduk nasi. Bermakna semuanya ada 6 senduk nasi untuk warna hijau.
  9. Bahagian 2 : Beri warna kuning. Warna kuning ada 2 lapisan dan setiap lapisan juga disukat dengan 2 senduk nasi. Bermakna semuanya ada 4 senduk nasi untuk warna kuning.
  10. Bahagian 3 : Beri warna merah. Setiap lapisan ada 2 senduk nasi dan untuk warna merah ini adunan dilapis sebanyak 2 senduk sehingga warna merah habis dilapis.
  11. Cara2 melapis: Lapiskan adunan hijau terlebih dahulu sebanyak 2 senduk nasi. Bila masak tekan sedikit dengan penekan kuih. Kemudian lapiskan lagi adunan hijau sebanyak 2 senduk lagi. Buat sehingga menjadi 3 lapisan.
  12. Kemudian sambungkan pula dengan melapis adunan kuning. Buat sama macam adunan warna hijau sebanyak 2 lapisan.
  13. Akhir sekali, lapiskan adunan warna merah sebanyak 2 senduk nasi, bakar berlapis2. Setiap lapisan ditabur dengan chocolate chips. Buatlah begitu sehingga habis.

Selamat Mencuba Yer!!!!!!


Friday 14 September 2012

Kek Bakul Jelly


Assalamualaikum, salam Jumaat dan salam ceria buat teman2 dan pengunjung blog. Resepi kek ke-2 yang Mah nak update, juga merupakan salah satu daripada hidangan kek sempena hari raya '2012. Resepi ini juga merupakan koleksi resepi kek tahun 80'an dulu. Orang tua dulu2, kecil2 lagi anak dah suruh buat kek. Macam Mah, umur 13 tahun (Tingkatan 1), mak dah mula ajar macam mana nak buat kek, 14 tahun dah beri lesen buat kek sendiri, emak pula sibuk ambil upah menjahit baju kurung/melayu. Hihihi.....berbeza kan anak zaman dulu dengan sekarang!!!!! Tapi, zaman dulu nak dapatkan resepi kek teramatlah payah!!!!!! Nak resepi, kena beli RM5.00 satu resepi, masa itu RM5.00 besar nilainya. Dahlah kita beli, kita sendiri pula yang kena salin balik. Mah tahu, sebab masa dulu selalu mak suruh pergi rumah orang untuk dapatkan resepi. La.....zaman sekarang....semuanya dihujung jari, cari jer!!!!!!! Pasti dapat.

Kek Bakul Jelly
Sumber : Resepi Mak ( tak silap dari rancangan Pranita radio Sarawak)

Bahan2nya: (Acuan : 9" x 9")

12 biji telur ayam
16 ozs mentega  = 454 gm
1 tin gula halus (guna sukatan tin mentega)
1 tin tepung gandum (guna sukatan tin mentega)
1/2 tin susu manis
1 kotak buah-buahan campuran (mixed fruits)
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh browning 
1 paket agar-agar (20 gm) 
~ agar2 hendaklah dipotong selebar 1/2 inci dan rendam.
~ Dah kembang, tuskan airnya dan bahagi sama rata kepada 3 warna iaitu merah, kuning & hijau.
~ Jemur sampai betul2 kering. 
* Ini boleh buat sehari atau dua hari awal  

Optional Hiasan Atas Kek: (Mah tak buat)
1 bungkus buah ceri
2 bungkus gula jelly
Ini adalah untuk hiasan yang diletakkan di atas kek.

Cara2 Membuatnya:
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung @ alaskan loyang dengan kertas minyak. 
  2. Ayakkan tepung gandum dengan baking powder bersama2. Ketepikan.
  3. Kemudian, asingkan putih dan kuning telur.
  4. Pukul putih telur tadi dengan gula selama 10 minit. Ketepikan.
  5. Di tempat yang berasingan, pukul mentega sehingga rata dan masukkan kuning telur, susu dan esen vanilla. Pukul lagi sehingga adunan sebati.
  6. Kemudian masukkan campuran tepung gandum dengan baking powder tadi. Pukul lagi sehingga rata.
  7. Akhir sekali, masukkan adunan putih telur tadi. Pukul lagi sampai sebati.
  8. Kemudian bahagikan adunan tadi sama rata kepada 2 Bahagian:  
  9. Bahagian A :  Beri warna browning 
  10. Bahagian B : Biarkan warna asal.
  11. Kukuskan warna browning terlebih dahulu sehingga masak. Selepas masak, taburkan buah2an campuran tadi. (* Buah2an ini hendaklah diramas dengan sedikit tepung gandum untuk mengelak buah2 tadi melekat antara satu sama lain, hihihi.........Mah lupa buat sebab tu nampaknya macam buah2an bergumpul sedikit)
  12. Setelah itu, masukkan warna asal dan taburkan campuran 3 keratan warna agar2 tadi. Kukus lagi sehingga masak.
  13. Dah masak, masukkan pula warna browning dan kukus lagi sehingga masak. Taburkan buah2an ke atasnya. 
  14. Ulangi proses ini sehingga habis melapis.
  15. * Peringatan, setiap kali mengukus kek, acuan hendaklah ditutup dengan aluminium foil untuk mengelak air masuk ke dalam kek dan sapukan sedikit butter di atas aluminium foil untuk mengelak kek melekat sekiranya kek itu terlalu tinggi.

Selamat Mencuba!!!!!

Thursday 13 September 2012

Kek Lumut Kukus (Versi 1)


Assalamualaikum semua, semoga dengan rahmat Allah, kita dikurniakan kesihatan yang sihat dan kehidupan yang aman damai. Resepi yang Mah nak update ni, adalah resepi lama yang cukup popular di pertengahan tahun 80 'an dulu. Masa itu, pergilah ke mana2 rumah ketika hari raya, rata2 kek lumut ini pasti ada di setiap meja hidangan. Tapi lain orang, lain pulalah versi Lumutnya. Ada yang guna tepung semolina (tepung suzi), ada pula yang guna nestum dan air teh.

Masa buat kek ini pula, Mah gunakan resepi Dayang Jack dari Dapurku Sayang. Terima kasih Dayang!!!!!!! Memang sedap sangat resepi Dayang ini!!!!! Jom kita tengok bahan2nya.


Kek Lumut Kukus (Versi 1)
Sumber : Dayangjack@Dapurku Sayang

Bahan2nya : (Loyang : 8" x 8")

10 biji telur Gred A
450 gm mentega (Golden Churn, Anchor, SCS)
3/4 cawan gula castor
2 cawan nestum (dikisar halus)
1 cawan serbuk almond
1 cawan serbuk horlick
1 cawan tepung hongkong/gandum (diayak)
1 cawan susu pekat manis
2 sudu teh esen vanilla
1 botol besar (60ml) pes pandan Cap Kopoe-Kopoe/ jenama lain pun boleh

Cara2 Membuatnya:
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Gris loyang dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. Nak alaskan dengan kertas minyak pun boleh.
  2. Pukul mentega dgn gula halus serta esen vanilla sehingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul dgn speed perlahan. Kemudian, masukkan lagi sebiji dan pukul lagi. Ulangi proses sehingga habis.
  4. Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar hingga sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, diselang seli dengan horlick, sebuk almond dan nestum. Kacau lagi hingga sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil yang sudah disapukan sedikit butter (untuk mengelak kek melekat pada kertas foil)
  7. Kukuskan selama 4 jam. (Tambah air panas, jika air pengukus hampir kering)
  8. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu. Dah sejuk, baru boleh keluarkan dari acuan.

Selamat Mencuba!!!!!!!

Wednesday 12 September 2012

Biskut Chocolate Chips



Assalamualaikum, sekali lagi salam ceria buat teman2, buat pengunjung blog. Ini resepi biskut ke-4 yang dibuat masa Aidil Fitri lalu. Resepi ini, Mah dapatkan dari My Resepi, dan dari tuan punyanya, Kak Nor @ nor_67@myresepi.com. Terima kasih, Kak Nor, kongsikan resepi ini!!!!! Walaupun first time cuba, tak rugi. Sedap sangat!!!! Jangan kata anak2, bapa dia orang pun suka makan!!!! Janji ada orang suka makan, confirm sedap & lazat. Tapi, kena tunggu sejuk dulu yer!!!!!!, barulah keranggupannya terasa. Jom, kita layan resepi ini dulu!!!!!

Biskut Chocolate Chip
Sumber : Kak Nor @ nor_67@myresepi.com

Bahan2nya:

180 gm mentega/marjerin
90 gm gula castor
100 gm gula perang
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur
200 gm tepung naik sendiri
160 gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100 gm chocolate chips
120 gm badam cincang (kak nor guna sunflower seeds)

Cara2 Membuatnya:
  1. Ayak terlebih dahulu kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam.
  2. Sekiranya guna badam cincang, goreng terlebih dahulu tanpa minyak. Sekejap saja, tapi jangan sampai hangus.
  3. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih.
  4. Masukkan telur serta esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
  5. Sudukan ke atas loyang yang telah digris. (Untuk dapatkan hasil yang lebih baik, alaskan loyang pembakar dengan baking paper). Jarakkan sedikit, antara satu sama lain.
  6. Bakar dalam oven dengan kepanasan 180c hingga masak keperang2an, lebih kurang dlm 20 minit. Ini semua bergantung dengan kepanasan oven masing2.
  7. Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang. Lepas itu, alihkan ke atas redai kuih (rack) supaya lebih cepat sejuk.
  8. Bila dah sejuk, baru masukkan ke dalam bekas kedap udara.
Selamat Mencuba Yer!!!!!!

Thursday 6 September 2012

Biskut Keju Pipih



Assalamualaikum, buat pengunjung blog dan teman2 semua. Hari ini dah 19 Syawal, alhamdulillah...tinggal sehari lagi nak tamat puasa sunat 6 di bulan Syawal, hihihi......orang lain lama dah habis buat puasa 6. Tapi, tak apa kan!!! Janji kita buat. Resepi biskut ke-3 yang saya nak update ini ialah Biskut Keju Pipih!!!! Ni lagi satu resepi yang memang menjadi resepi wajib, setiap tahun. Ramai sebenarnya pengemar Biskut Cheese ni, termasuk tuan punya badan. Tak pernah misslah buat.

Resepi ini, Mah dapat dari mak saudara dalam pertengahan tahun 90 an dulu.. Terima kasih and credit to Udak Jijah & Anjang Tipot atas resepi biskut yang sedap ini!!!!! Jom kita tengok bahan2 yang diperlukan.



Biskut Keju Pipih
Sumber : Udak Jijah & Anjang Tipot

Bahan2nya :

250 gm mentega
350 gm Cheddar Cheese (diparut)
300 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
2 biji kuning telur
Gula sedikit (Mah letak dlm 1/2 gelas)
Garam (Secubit, dua jer)

Cara2 Membuatnya :

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan 1/2 dari keju parut tadi.
  3. Masukkan tepung gandum & jagung yang telah diayak bersama.
  4. Uli adunan hingga sebati.
  5. Cetak dengan acuan, sapukan kuning telur di atasnya dan tabur dengan lebihan cheese yang ditinggal tadi.
  6. Bakar mengikut suhu oven masing2 sehingga masak kekuningan.

Selamat Mencuba!!!!!

Wednesday 5 September 2012

Cornflake Bermadu ~ Versi 1



Assalamualaikum, semoga hari anda ceria di samping keluarga yang tersayang. Alhamdulillah, hari ini hari ke-18 Syawal. Kepada teman2 yang telah tamat puasa sunat 6 Syawal, tahniah!!!!! Sesungguhnya kita seumpama telah melengkapi tempoh setahun berpuasa. Kepada yang sedang berpuasa, selamat menjalani ibadah sunat yang amat dimuliakan dan kepada yang belum, masih ada masa dan waktu sebelum tamat tempoh Syawal pada Ahad @ 16-09-2012 bersamaan 29 Syawal.

Resepi biskut raya yang seterusnya ialah Cornflake Bermadu. Pertama kali, Mah cuba resepi ini!!!!. Itupun kerana terpikat tengok gambar yang tertayang kat kotak Nestle Cornflake tu!!!!. Tak mengecewakan, sedap sangat!!!! Walaubagaimanapun, bagi Mah ianya manis sangat, tapi budak2 suka. Nak tau, biskut pertama yang habis masa raya hari itu......, biskut inilah. Jom kita tengok resepinya!!!!


Biskut Cornflake Bermadu ~ Versi 1
Sumber ~ Dari Kotak Nesle Cornflake

Bahan A :
200 gm mentega @ marjerin
150 gm gula kastor
4 tablespoon madu
11/2 teaspoon esen vanilla

Bahan B :
200 gm Nestle Cornflake
100 gm badam dibakar & dihiris
100 gm blackurrants
60 gm buah ceri merah, dicincang
60 gm buah ceri hijau, dicincang 

Cara2 Membuatnya :
  1. Cairkan Bahan A di dalam periuk sehingga pekat. Matikan api dan masuk esen vailla.
  2. Campurkan Bahan B dan gaul sampai sebati.
  3. Sudukan adunan dalam papercup kecil dan letak dlm dulang pembakar.
  4. Bakar pada suhu 160 C selama 10-18 minit atau hingga kuning keemasan.
  5. Sejukkan atas redai, sebelum simpan dalam balang. 

Tak sempat simpan lepas raya, biskut pertama sekali habis semasa raya!!!!!

Biskut Gajus ~ Versi 1


Assalamualaikum, sekali lagi buat pengunjung blog dan teman2. Minta maaf banyak2 yer, dah terlebih lama tak update blog ini. InsyaAllah, ada kelapangan waktu yang mengizinkan adalah yang nak diupdatekan nanti!!! Al-maklum masih dalam bulan Syawal kan!!!! Kek2 dan biskut2 raya masih ada lagi, sempatlah nanti nak ambil gambar untuk dikongsi bersama. Tapi, minta maaf yer!!!! Biskutnya nampak comot jer...hihihi ambil dari meja hidangan. Tengok tetamu belum datang...ambil kesempatanlah ambil gambar.!!!!! Biskut Gajus ini, hampir setiap tahun ada jer..lah ia jadi pilihan utama dalam list untuk biskut raya. Biskut ni..., Mah letakkan Versi, mana tahu...nanti2 ada pula versi lain. So, untuk memudahkan letaklah Versi 1, 2 ke..., 3 ke... dan yang seangkatan dengannya nanti.

Biskut Gajus ~ Versi 1
Sumber ~ Mas & Kak Enon

250gm  mentega
1 cawan gula halus
1 biji kuning telur
1 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan gajus  yang telah diblend 
Gajus secukupnya untuk hiasan
Kuning telur untuk hiasan


Cara2 membuatnya:
  1. Gajus hendaklah digoreng terlebih dahulu @ dipanggang di dalam oven sehingga kekuningan. Sejukkan dan alih ketepi.
  2. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
  3. Masukkan kuning telur, tepung jagung dan tepung gandum. Gaul sehingga rata.
  4. Akhir sekali, masukkan gajus yang telah diblend tadi. Gaul lagi hingga rata.
  5. Mah tambahkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan uli sehingga adunan tidak melekat pada jari.
Cara2 Membentuk Gajus:
  1. Terapkan dengan acuan gajus. 
  2. Masukkan separuh biji gajus tadi dan sapukan dengan kuning telur.
  3. Jarakkan biskut2 yang telah disusun dalam tray sebab saiznya akan mengembang ketika dibakar.
  4. Bakar sehingga kekuningan pada suhu 200 C. 
  5. Pada yang tak ada acuan, ambil adunan sebesar sebiji guli.
  6. Kemudian bentukkan seperti gajus dengan meruncingkan bahagian bawahnya.
  7. Biskut yang Mah buat ni...hasil kerja tangan sendiri, takda acauan!!!!
Ini adalah salah satu hidangan biskut raya untuk tahun ini. Selamat mencuba!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...