Friday 5 October 2012

Ayam Masak Halia


Assalamualaikum, semoga hari anda ceria di samping keluarga. Sebenarnya, resepi ini, 2 hari yang lepas dah buat, tapi baru ada kesempatan nak update. Resepi ini juga di ambil dari buku masakan Chef Hanieliza. Terima kasih banyak2 pada Chef kerana dengan adanya buku ini, semakin banyak resepi yang saya nak cuba. Haha.......kalau dulu selalu order kat kedai2 makan!!!!! Sekarang ini, apa kata kita pula yang jadi tauke restoran kat rumah sendiri. Jimat juga belanja dari makan kat luar. Saya berani kata, sebab resepi Chef ini memang sedap dan rasanya seperti kita makan kat luar sana!!! Tak rugilah beli buku Chef ni!!!!

Ayam Masak Halia
Sumber : Chef Hanieliza

Bahan A :

500 gm ayam
1 biji tomato (belah 4)
1 pokok daun bawang (potong 1")
1 biji bawang besar (saya tambah)

Bahan B :

3 sudu makan sos tiram
1 sudu teh tepung jagung 
(bancuh dengan 1/2 cawan air)
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan minyak masak
Garam secukupnya

Bahan C : (Dihiris)

3 biji cili merah
3 inci halia
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih



Cara2 membuatnya :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dihiris sehingga layu.
  2. Masukkan ayam dan kacau rata2. Kemudian masukkan sedikit air.
  3. Masakkan ayam sehingga lembut.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung, sos tiram, serbuk lada hitam dan garam.
  5. Biarkan sehingga pekat.
  6. Masukkan tomato, bawang besar dan daun bawang. Kemudian kacau rata.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Note : Sepatutnya kuah ini pekat, tapi saya sengaja tambahkan banyak air sebab nak buat kuah lebih.

"Selamat Mencuba"


Thursday 4 October 2012

Cencaru Belah Belakang


Assalamualaikum buat pengunjung blog dan rakan2 semua. Semalam balik dari kerja, saya terus mencuba resepi mudah yang diambil dari buku masakan terlaris Chef Hanieliza, 1 hari 1 resepi. Kebetulan stok ikan yang masih tinggal, cuma ada ikan cencaru. Orang kat Sarawak panggil ikan ini, ikan geronggong. Kat rumah, biasanya digoreng atau dipanggang. Jadi, bila belek2 kat buku tu, kebetulan ada resepi ikan cencaru. Apalagi, mulalah mencuba resepi ini!!!!! 

Cencaru Belah Belakang
Sumber : Chef Hanieliza

Bahan A :
2 ekor ikan cencaru
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan B : (Dikisar untuk buat sambal)
2 batang serai (diracik)
6 biji cili merah
4 biji bawang merah
2 ketul kecil belacan (dibakar sedikit)
Garam & gula secukup rasa

Bahan C : (Sebagai hiasan)
Beberapa helai daun salad
Beberapa biji limau kasturi (untuk diperah atas ikan)


Cara2 Membuatnya :
  1. Ikan dibelah pada bahagian belakang dan dicuci bersih.
  2. Bahagian ini saya tambah, di mana ikan diperap dengan sedikit tepung kunyit dan garam.
  3. Masukkan bahan sambal di belakang ikan cencaru.
  4. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing.
  5. Terbalikkan ikan supaya garing pada kedua2 bahagian.
  6. apabila sudah masak, hidangkan dalam pinggan.
  7. Hiaskan dengan daun salad dan perahkan limau di atas ikan untuk menambahkan perisa pada sambalnya.

"Selamat Mencuba"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...