Assalamualaikum,
Fruit Tart!!!!....Yum...yum...yum....Memang sedap, Terbaik!!!! Tq pada yang empunya resepi.....!!!!!!! |
Alhamdulillah, sekian lama tertangguh akhirnya tanggal 11 Januari 2012, tergerak jua jari jemariku menjentik benda yang bernama keyboard ni. Yalah entry pertama katakan... macam2 setting kena buat. Haru biru jua kepala dibuatnya!!! Dahlah kita ini, bukannya pandai sangat dlm bidang IT ni. Haha....Sikit2 untuk menjentik keyboard ini bolehlah. Tapi, tak apa kan, bak kata datuk nenek kita dulu, bukan mudah untuk menjadi mudah dan bukan senang untuk menjadi senang. Setiap kejayaan pasti ada rintangan dan dugaan dibelakangnya. Itulah yang kita kena lalui sebelum kita temui.....KEJAYAAN. Hehehe...tapi tak apa kan!!! Datuk nenek kita jua berpesan.... Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Bahkan sebelum zaman datuk nenek kita berpesan... Allah (swt) terlebih dulu telah berfirman dlm Al-Quran : Surah Alam Nasyrah (Ayat : 1-8), "Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami telah menghilangkan daripada mu bebanmu, yang memberatkan punggungmu. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu, Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh2 (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." - Benarlah seperti apa yang telah Allah firmankan.
Hihihi.......Berposing ikut susunan....!!!! 1, 2, 3 start posing!!!!!! |
Resepi ni, sebenarnya gabungan dari dua orang insan yang baru saya kenali dalam bidang ni, menerusi Azlita Masam Manis dan Mat Gebu@myresepi.com. Semoga Allah memberi keberkatan kepada kedua2nya atas dasar berkongsi ilmu kepada semua orang. Jom kita tengok macam mana nak buat Fruit Tart ni.
TART BUAH-BUAHAN (MIXED FRUIT TART)
Sumber : Azlita Masam Manis & Mat Gebu@myresepi.com
Bahan2 untuk buat Shell atau Crust:
Sumber : Azlita Masam Manis
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Acuan Tart
Cara2 Membuat Shell atau Crust:
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dlm acuan tart. Cucuk dengan garpu sebelum dibakar. Bakar dengan suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari acuan tart untuk mengelak shell atau crust terkena wap.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telur untuk mengelak shell menjadi keras.
Shell atau crust dicucuk dengan garpu untuk mengeluarkan gelembung angin supaya shell atau crust ketika dibakar tidak mengelembung.
~ SELAMAT MENCUBA ~
"Jika kita buat kebaikan, maka kebaikan jualah yang kita dapat"
~ kita dapat keredhaan, kerahmatan, kedamaian, ketenangan & kebahagiaan ~
TART BUAH-BUAHAN (MIXED FRUIT TART)
Sumber : Azlita Masam Manis & Mat Gebu@myresepi.com
Bahan2 untuk buat Shell atau Crust:
Sumber : Azlita Masam Manis
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Acuan Tart
Cara2 Membuat Shell atau Crust:
- Pukul marjerin dan gula, hanya dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
- Lepas tu, masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
- Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dlm acuan tart. Cucuk dengan garpu sebelum dibakar. Bakar dengan suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari acuan tart untuk mengelak shell atau crust terkena wap.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telur untuk mengelak shell menjadi keras.
Shell atau crust dicucuk dengan garpu untuk mengeluarkan gelembung angin supaya shell atau crust ketika dibakar tidak mengelembung.
Doh ni boleh di sedia awal dan hendaklah disimpan dalam bekas kedap udara.
Bahan2 Krim Pastri:
Sumber : Mat Gebu@myresepi.com.my
300ml susu segar (Fresh Milk)
3 biji kuning telur
50gm gula halus
20gm tepung gandum ~
20gm tepung jagung ~ (disatukan & diayak)
1 camca teh esen vanilla
2 camca besar mentega atau marjerin
Bahan2 lain :
Buah2an ikut pilihan sendiri (samada nak anggur, epal, kiwi, strawberri etc)
Piping Jelly ~ untuk mengilatkan buah (kalau takde pun tak apa)
Coklat cair secukupnya ~ Mah tak letak
Cara2 Membuatnya:
- Panaskan susu segar di dalam periuk kecil. Matikan api, kemudian biarkan ia suam.
- Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yang telah diayak tadi.
- Kacau menggunakan whisk sehingga berkrim.
- Tuang susu suam tadi sedikit demi sedikit sambil terus mengacau adunan sehingga susu habis dituang.
- Alihkan adunan ke dlm periuk kecil dan tenggekkan atas air mendidih (kaedah steam boiler)
- Kacaukan adunan sehingga berubah menjadi pekat dan licin.
- Matikan api. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata2 dan sejukkan.
Penyediaan Akhir :
Letakkan krim pastri ke dlm piping bag dan paipkan adunan ke dlm shell atau crust tadi. Susun buah2an.
Siap untuk dijamu pada keluarga tersayang....
Hai...buah kiwi, buah, epal dan buah anggur!!!!!1 Kejap lagik habislah ko kena ngap....dengan kastard & pastrinya sekali!!!!!!! |
"Jika kita buat kebaikan, maka kebaikan jualah yang kita dapat"
~ kita dapat keredhaan, kerahmatan, kedamaian, ketenangan & kebahagiaan ~

assalam kak...utk adunan krim tuh akak dapat buat untuk berapa pcs tart ye..tq
ReplyDeleteWlkmslm. Sori lambat reply. Kak sibuk dan lama tak update blog. Untuk adunan krim tu, lebih kurang dlm 40 pcs tart utk standard size. Kalau kecil acuan tartnya mungkin dpt lebih lagi.
Delete