Friday, 17 February 2012

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum,

Alahai selamat jua ko tart....diconteng2 macam daun tu...sempat jua ko berposing atas mangkuk kaca tu....!!!!

Sekali lagi salam ceria, buat sahabat2 semua. Semoga hari ni lebih baik dari semalam dan semoga kebaikan sentiasa bersama dengan kita selamanya. Resepi Mah, kali ni ialah "Blueberry Cheese Tart". Alhamdulillah setelah mencuba untuk kali kedua, nampaklah kemas sikit design daun tu....!!!!! Hihi....nak posing katakan... kenalah make-up betul2. Dahlah tukang make-upnya......baru lulus ujian bab ukir-mengukir ni, tapi tak apa...kan. Janji ada!!!! Kalau nak tunggu sampai tahap professional...oii mak, tak jadi2 cheese tart kita ni. Kankah...baik dicuba berkali2, sehingga membuahkan hasil yang boleh menyenangkan pandangan mata dan melegakan hati kita. Tak lupa, buat Aiman. Tq, tolong mak bab ukir-mengukir ni and for your nice photo shooting. Keep it on....Lain kali tolong lagi yer!!!!! Hehe...Mak gurau je..Opss, Jangan marah!!!! Jom, kita tengok dulu bahan2nya :

Ni...masa nak dibentuk dlm acuan.. siap kena cucuk dgn garpu!!!!

Blueberry Cheese Tart
Sumber  :  Puan Azlita Aziz
Resepi Asal  :  Puan Azita Zain

Bahan Untuk Shell/Crust :

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Acuan Tart

Cara2 Membuatnya :
  1. Pukul marjerin dan gula, hanya dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  2. Lepas tu, masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Menurut Puan Azlita, doh ni hendaklah dimasukkan ke dalam plastik bag dan simpan dalam peti sejuk semalaman untuk mendapatkan kualiti doh yang baik.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garpu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170 C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari acuan tart untuk mengelak shell atau crust terkena wap.

Nota :  Jika guna telur B, buang sedikit putih telur untuk mengelak shell menjadi keras. Shell atau crust dicucuk dengan garpu untuk mengeluarkan gelembung angin supaya shell atau crust tidak mengelembung ketika dibakar. Shell ni boleh dibuat awal2 dan simpankan dalam bekas kedap udara.

Penyediaan Untuk Filing :

Bahan2 :  Sediakan jenis filing yang kita suka samada : Filing Blueberry, Strwaberry, Chocolate, Orange dsbnya:
Mah, gunakan filing blueberry. Filing ni, boleh didapati di kedai menjual bahan2 kek.
  1. Masukkan filing blueberry ke dalam piping bag dan paipkan ia ke dalam shell yang telah masak dibakar tadi. Buat sampai habis. 
  2. Setelah tu , guna cara yang sama, masukkan pula cream cheese ke dalam piping bag dan paipkan ia memenuhi shell sehingga ia nampak cantik membuncit. 
  3. Sebelum tu, TINGGALKAN sedikit cream cheese tu dalam 11/2 sudu makan untuk proses melorek nanti.
Ni..ahh..pulak!!!!Nak berteman berposing dengan anak mangkuk kaca sekali...hihi...!!!!


Bahan  Untuk Cream Cheese 
250 gm cream cheese (Philadephia)
50 gm gula kastor/gula halus
1 biji telur Gred B
1/2 sudu kecil  esen vanilla/esen lemon

Cara2 Membuatnya :
  1. Keluarkan cream cheese 20 - 30 minit sebelum digunakan. Jangan biarkan ia mencapai ke suhu bilik.
  2. Putarkan cream cheese dgn gula sehingga berkrim.
  3. Kemudian masukkan telur & esen vanilla. Putar lagi.
Sesi Lorek-Melorek/Ukir-Mengukir :

Ni..lah part yang paling seronok nak buat, tak sabar rasanya nak melorek atas cream cheese tu.
  1. Ambilkan baki cream cheese tadi dan bubuhkan pewarna yang kita suka. Gaul rata2 sehingga warna nampak sempurna.
  2. Lepas tu, gunakan pencungkil gigi dan buatkan 5 garisan pada bahagian atas cream cheese tadi pada bahagian sisi.
  3. Tarik dari atas ke bawah dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk yang dikehendaki.
  4. Part ni, kita kena buat cepat, jangan biarkan cream cheese itu mengering, nanti proses lorekkan tak secantik yang kita inginkan.
  5. Setelah siap semua, bakarkan selama 5 minit pada suhu 170C. Jika tidak melekat, maknanya dah masaklah tu. Jika belum, tambah lagi dalam seminit.

Nota :  Untuk adunan shell kita dapat buat dalam 30 - 40 shell . Itu pun bergantung dengan saiz dan ketebalan acuan.
Adunan cream pula banyaknya, 2 kali ganda dari adunan shell. Jadi nak stabilkan, kita kena buatkan adunan shell dalam 2 adunan..

                            T   A   M  A  T     !!!!!!!!!!!!!!

Alhamdulillah, berkat kito sabor jadi jugak ya..ko si cheese tart. Anak2 dah tak sabar nak makan, sedari tadi je asyik nak minta je..... Erm..erm....Sedap terasa, makanlah cheese tart.....ku ini....Lagu iklan Susu Cap Junjung zaman 80an !!!!!



                                                      SELAMAT MENCUBA YER!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...