Friday 14 September 2012

Kek Bakul Jelly


Assalamualaikum, salam Jumaat dan salam ceria buat teman2 dan pengunjung blog. Resepi kek ke-2 yang Mah nak update, juga merupakan salah satu daripada hidangan kek sempena hari raya '2012. Resepi ini juga merupakan koleksi resepi kek tahun 80'an dulu. Orang tua dulu2, kecil2 lagi anak dah suruh buat kek. Macam Mah, umur 13 tahun (Tingkatan 1), mak dah mula ajar macam mana nak buat kek, 14 tahun dah beri lesen buat kek sendiri, emak pula sibuk ambil upah menjahit baju kurung/melayu. Hihihi.....berbeza kan anak zaman dulu dengan sekarang!!!!! Tapi, zaman dulu nak dapatkan resepi kek teramatlah payah!!!!!! Nak resepi, kena beli RM5.00 satu resepi, masa itu RM5.00 besar nilainya. Dahlah kita beli, kita sendiri pula yang kena salin balik. Mah tahu, sebab masa dulu selalu mak suruh pergi rumah orang untuk dapatkan resepi. La.....zaman sekarang....semuanya dihujung jari, cari jer!!!!!!! Pasti dapat.

Kek Bakul Jelly
Sumber : Resepi Mak ( tak silap dari rancangan Pranita radio Sarawak)

Bahan2nya: (Acuan : 9" x 9")

12 biji telur ayam
16 ozs mentega  = 454 gm
1 tin gula halus (guna sukatan tin mentega)
1 tin tepung gandum (guna sukatan tin mentega)
1/2 tin susu manis
1 kotak buah-buahan campuran (mixed fruits)
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh browning 
1 paket agar-agar (20 gm) 
~ agar2 hendaklah dipotong selebar 1/2 inci dan rendam.
~ Dah kembang, tuskan airnya dan bahagi sama rata kepada 3 warna iaitu merah, kuning & hijau.
~ Jemur sampai betul2 kering. 
* Ini boleh buat sehari atau dua hari awal  

Optional Hiasan Atas Kek: (Mah tak buat)
1 bungkus buah ceri
2 bungkus gula jelly
Ini adalah untuk hiasan yang diletakkan di atas kek.

Cara2 Membuatnya:
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung @ alaskan loyang dengan kertas minyak. 
  2. Ayakkan tepung gandum dengan baking powder bersama2. Ketepikan.
  3. Kemudian, asingkan putih dan kuning telur.
  4. Pukul putih telur tadi dengan gula selama 10 minit. Ketepikan.
  5. Di tempat yang berasingan, pukul mentega sehingga rata dan masukkan kuning telur, susu dan esen vanilla. Pukul lagi sehingga adunan sebati.
  6. Kemudian masukkan campuran tepung gandum dengan baking powder tadi. Pukul lagi sehingga rata.
  7. Akhir sekali, masukkan adunan putih telur tadi. Pukul lagi sampai sebati.
  8. Kemudian bahagikan adunan tadi sama rata kepada 2 Bahagian:  
  9. Bahagian A :  Beri warna browning 
  10. Bahagian B : Biarkan warna asal.
  11. Kukuskan warna browning terlebih dahulu sehingga masak. Selepas masak, taburkan buah2an campuran tadi. (* Buah2an ini hendaklah diramas dengan sedikit tepung gandum untuk mengelak buah2 tadi melekat antara satu sama lain, hihihi.........Mah lupa buat sebab tu nampaknya macam buah2an bergumpul sedikit)
  12. Setelah itu, masukkan warna asal dan taburkan campuran 3 keratan warna agar2 tadi. Kukus lagi sehingga masak.
  13. Dah masak, masukkan pula warna browning dan kukus lagi sehingga masak. Taburkan buah2an ke atasnya. 
  14. Ulangi proses ini sehingga habis melapis.
  15. * Peringatan, setiap kali mengukus kek, acuan hendaklah ditutup dengan aluminium foil untuk mengelak air masuk ke dalam kek dan sapukan sedikit butter di atas aluminium foil untuk mengelak kek melekat sekiranya kek itu terlalu tinggi.

Selamat Mencuba!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...