Showing posts with label Pie. Show all posts
Showing posts with label Pie. Show all posts

Monday, 7 May 2012

Mushroom Sherpard Pie


Assalamualaikum sekali lagi buat pengunjung blog, buat teman2. Minta maaf banyak2 yer!!!!!!, tak ada peluang untuk update N3 baru untuk beberapa minggu yang lepas. Hahaha......sibuk memanjang.....katakan!!!!!!!!! buat order orang. Apapun........syukur alhamdulillah, akhirnya ada jua masa terluang untuk mengisi N3 yang terbaru untuk minggu ini. Lama sebenarnya merancang nak buat.........yalah apakan daya, kekangan masa yang tak begitu mengizinkan ketika itu. Jom!!!!!! Kita layan resepi kali ini. Mushroom Sherpard Pie.............N3 sebelum ini, Mah buatkan Sherpard Pie. Bezanya, cara pembuatan sedikit berbeza daripada resepi sebelumnya.
  
Mushroom Sherpard Pie
Resepi Asal  :  Kak Enon (Kakak Ipar)
Sumber  :  Masniah (Adik Ipar)

Bahan A :

Close-up pic.
11/2 kilo kentang
5 biji telur 
1 tin susu cair
1 tin mushroom ~ potong dadu
1/2 cawan tepung gandum
3 sudu makan butter
Sedikit garam & lada sulah ~ Mah tambah

Cara2 Membuatnya :
  1. Cuci kentang, rebuskan dan masukkan sedikit garam.
  2. Setelah kentang empuk, kupaskan kulitnya dan lenyekkan dalam satu bekas.
  3. Masukkan butter, telur, susu cair, tepung, mushroom, sedikit garam & lada sulah. Gaul sampai sebati.
Bahan B (Inti) :

1 paket daging cincang (400gm)
Makan panas2....Emm.....sedap tau!!!!!!!!!!!
2 biji bwg bakong/besar ~ dicincang
2 batang lobak merah ~ Mah tambah
4 biji buah tomato ~ dicincang
1 paket kecil sos cili  = 293gm
1 paket kecil sos tomato = 293gm
2 sudu makan butter
Sedikit garam & gula

Cara2 Membuat Inti :
  1. Panaskan butter hingga cair.
  2. Kemudian tumiskan bawang yang telah dicincang sehingga naik baunya.
  3. Masukkan daging, gaul rata2 dan masak sehingga daging empuk.
  4. Setelah itu masukkan lobak merah, masak hingga empuk.
  5. Masukkan buah tomato yang telah dicincang, sos cili dan sos tomato.
  6. Gaul rata2 dan suaikan rasa garam & gula.
  7. Setelah masak, ketepikan sekejap.

Bahan C  (Hiasan) :
Parutan Cheese / Daun Oregano/Daun Parsley ~ Mah gunakan daun parsley

Cara Melapis Sherpard :
  1. Bahan A dibahagi kepada 2 bahagian yang sama.
  2. Masukkan satu bahagian ke dalam caserolle bersaiz 3.5 litre sebagai lapisan bawahnya. Ratakan.
  3. Setelah itu masukkan kesemua Bahan B (inti) ke atas lapisan tadi. Ratakan. 
  4. Akhir sekali tutupkan lapisan inti tadi dengan baki Bahan A tadi. Ratakan.
  5. Taburkan parutan cheese @ oregano@parsley.
  6. Bakar pada suhu 180C.
Nota :  Mushroom Sherpard Pie ni....tak seperti kita makan pie biasa. Pie biasa, basenya pastri. Sementara pie jenis ini pula tak ada pastri. So.....bila makan, kena sudukan ke dalam pinggan......Emmmmm, sedap tau!!!!!!!!!!! Especially bila makan ketika pie masih panas!!!!!!!!! Hihihi semalam buat, jadi sempatlah dihidangkan sebagai sarapan pagi untuk anak2 dan suami !!!!!!!

Ni sekadar nak tunjuk macam mana rupanya setelah disudukan ke dalam pinggan. Mungkin sesetengah orang ingat, rupanya seperti pie biasa yang ada base. Sebenarnya tidak, basenya adalah campuran daging dengan lobak merah. Oleh sebab itu, basenya lembut dan perlukan sudu untuk mengambilnya. Buah tomato yang dicampur ke dalamnya adalah untuk menyeimbangkan rasa kentang yang telah digaul dengan susu cair. Jom kita mula dengan doa makan dan Bismillah serta disudahi dengan Alhamdulillah .........!!!!!!! 
.
Hihihi.....Ini Aiman yang dah reserved..!!!!!!

Tuesday, 14 February 2012

Mini Sherpard Pie

Assalamualaikum,

Mini Sherpard Pie...Tengok tu..bahagian atasnya yang dah siap dibakar dengan warna coklat kekuning-kuningan......mak oiii....tak sabar rasanya nak makan!!!!!!!!!

Salam ceria semua, buat teman2. Semoga dianugerahi Allah dengan kesihatan yang baik, insyaAllah dengan kesihatan yang kita ada, mampu buat kita menghambakan diri pada Sang Pencipta langit dan bumi. Kali ni, Mah kongsikan dengan semua, satu resepi iaitu "Mini Sherpard Pie". Kebetulan ketika menghadiri majlis rumah terbuka pada hari raya lepas, tuan rumah yang juga teman sepejabat serta sahabat baik Mah, menyajikan hidangan ni. Erm!!! Sedap betullah!!!!! TQ Abby & Tina for sharing this recipe. Dah berkali2 jua mencuba, selalunya buat dalam pinggan caserolle, ni pula nak cuba style mini...nampak cute je. Biasa...kan tengok dalam pinggan caserolle yang besar tu. Dan style mini tu....hasilnya seperti tatapan yang tergambar di atas. Hihi......ni,...usahkan budak2, mak bapak budak pun suka makan. 



Sesi pipingkan....isi kentangnya yang berkrim tu...!!!!!
Jom kita layan dulu bahan2nya:

Mini Sherpard Pie
Sumber : Abby & Tina

Bahan Intinya :

400 gm daging cincang (minced beef)
2 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 tin cendawan butang (dipotong 4)
1 labu bawang besar/bakong (dipotong dadu)
1 bungkus kecil sos cili = 293gm
1 bungkus kecil sos tomato = 293gm
2 sudu makan mentega/marjerin
Garam dan gula secukup rasa



Ta...da.... ni..lah rupanya lepas kena make-up.... 
Bahan untuk Cream Kentangnya:

500 gm kentang (rebus dan taruh sedikit garam)
250 ml susu segar (panaskan sekejap)
1 sudu makan mentega/marjerin
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
Mozarella Cheese (Ditabur atas creamnya)
~ Tak ada cheese, Mah gantikan dengan daun oregano
* Nak cream banyak, gandakan bahan2nya.

Untuk Inti :
  1. Cairkan 2 sudu makan mentega dan tumiskan bawang besar/bawang bakong sehingga kekuning2an.
  2. Setelah itu, masukkan daging cincang. Gaul dan biarkan daging itu empuk/masak.
  3. Selepas itu, masukkan pula lobak merah dan seperti biasa gaul rata2 dan biar ia masak.
  4. Masukkan pula sos cili dan sos tomato. Kuar rata2.
  5. Akhir sekali, masukkan pula cendawan butang.
  6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Untuk Cream Kentangnya :
  1. Kentang yang telah direbus tadi, buangkan kulitnya dan lenyekkan sehingga hancur. 
  2. Kemudian masukkan 250ml susu segar tadi dan gaul sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan pula 1 sudu makan mentega/marjerin, garam dan serbuk lada hitam.
  4. Gaul rata2. 
Penyediaan :
  1. Sudukan inti tadi ke dalam bekas aluminium bulat.
  2. Kemudian masukkan cream kentang tadi ke dalam piping beg dan paipkan ke atas inti tadi.
  3. Taburkan parutan mozarella cheese atau daun oregano ke atasnya.
  4. Kemudian bakarkan ke dalam oven pada suhu 180 C.
  5. Angkat dan sejukkan, sebelum dihidang buat santapan keluarga.
                                                   Ni...lah hasilnya. Erm sedap tau!!!!!

Sedapnya....!!!!! Especially bila makan masa tengah hot....panaslah....tu!!!!!

                                                             CUBA BUAT YER!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...