Wednesday 25 April 2012

Puding Black Pearl


Assalamualaikum, salam sekali lagi buat pengunjung blog, buat teman2. Actually, semalam lagi dah buat, tapi biasalah puding ni.......kan!!!! Kena check-in dulu dlm peti sejuk.........next day baru boleh check-out. Hihihi macam hotel lak....kena check-in n out. Hahaha.......At first punyalah susahnya nak buat puding ni. Mana tak nya, sukatan air dalam kilo, pening jua kepala kita dibuatnya. Last, baru teringat sukatan digital ada, so pandai2lah timbang dan untuk memudahkan lagi Mah convert ke sukatan gelas. 

First sekali Mah rasa puding ini, ketika ada kenduri kat rumah mak dulu. Saudara sebelah mak yang sedekahkan. Emmm......walaupun nampak simple ternyata rasanya memang sedap!!!!!! Jom kita layan resepi yang simple ini!!!!!!! Mah buat setengah adunan jer.

Puding Black Pearl
Sumber  :  Wa Kiah

Resepi Asal

40 gm agar-agar
2 kilo 840gm air = 11 1/2 gelas air
6 biji telur
20 ozs gula = 2 1/2 gelas gula
2 tin susu cair
1 bungkus cincau ~ dipotong dadu
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla


Bahan Untuk Setengah Adunan :

20 gm agar-agar
5 3/4 gelas air
3 biji telur
1 1/4 gelas gula
1 tin susu cair
1/2 bungkus cincau ~ dipotong dadu
1/2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla


Cara Membuatnya :
  1. Mula2 masakkan agar-agar dengan air yang telah disukat tadi sehingga larut.
  2. Pukulkan telur dengan gula sehingga sebati.
  3. Masukkan susu cair, tepung jagung dan esen vanilla.
  4. Pukul lagi adunan ini sehingga sebati.
  5. Kemudian masukkan adunan ke dalam agar2 tadi.
  6. Kuar perlahan2 dan masakkan sehingga 30 - 45 minit.
  7. Tutup api dan biarkan sebentar.
  8. Kemudian masukkan potongan cincau tadi ke dalam adunan agar2.
  9. Kuar lagi sehingga rata.
  10. Masukkan adunan ke dalam acuan dan sejukkan.
  11. Setelah sejuk barulah masukkan ke dalam peti ais.
Ini adalah baki adunan yang diletak dalam acuan lain sebab tu cincaunya nampak kurang....hihihi....tapi tak apa kan!!!!! Eh..eh...... apahal pulak cincau tu terapung di permukaan aja, tak nak lak landing kat bawah....!!!! Hihihi......tak apa....janji jadi!!!!!!!



Friday 20 April 2012

Kek Batik Jawa


Assalamualaikum, sekali lagi buat pengunjung blog. Salam Jumaat, semoga kehadiran hari ini menjadikan kita insan yang lebih baik dan mulia dari semalam dan seterusnya untuk hari2 yang mendatang. Semalam selepas buat order Cheese Tart, Mah gunakan kesempatan yang ada dengan mencuba resepi ini. First try n not bad, at least menjadi juak kek ini, walaupun tak secantik yang orang lain buat......tapi tetap bersyukur kerana penat lelah kita berbaloi jua.

Sebenarnya, Mah selalu makan kek ini tetapi tak pernah buat sendiri. Bila menjadi......mak oiii berbunga2 taman dalam hati dek kerana rasa gembira yang teramat sangat...Hihihi.....sendiri buat......sendiri........pula memuji bagi menyenangkan hati....kan kah bagus.....tak payah stress2...!!!!!!! Kek ini ada yang panggil Kek Batik, ada tambah jadi Kek Batik Jawa, ada pula yang namakan Kek Roti Marie disebabkan penggunaan rotinya. Adalah Mah bawa sedikit kat ofis, kawan kata sedap dan nak order!!! Eeee....Mah cakap nanti dulu, tak erti nak letak harga berapa???

Hihihi.....kerana nak kejar masa, dah tak teratur dan terbuang kesan2 potongan!!!!
Tapi, tak apa....Jom kita layan resepinya...!!!!! Oh..ya.........lupa nak bagi tau, resepi ini Mah dapatkan daripada adik ipar. Tq Mas, dan tq jua buat siapa2 yang empunya resepi asal ni......tak tau nama, tak apa, pahala tetap berjalan. 

Kek Batik Jawa
Sumber  :  Masniah Hj. Mohammad

Close-up bahagian sisi yang telah dipotong
Bahan2 nya : (Resepi asal 1 adunan penuh, Mah buatkan 1/2 adunan saja)

5 biji telur  
250gm mentega
1 bungkus roti marie ~ patah2kan roti (dari sebungkus, guna 3/4 roti sahaja) 
1/2 tin kecil susu pekat @ 194gm
1 cawan milo
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
1/2 botol kecil browning

Dari pandangan sisi yang berbeza
Cara2 Membuatnya :
  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur, susu junjung, milo, tepung & browning.
  3. Gaul sampai semuanya sebati.
  4. Kemudian, masukkan ke dalam kuali dan kuar sehingga pekat dan likat.
  5. Tutup api dan masukkan roti marie. Kuar rata2. 
Sediakan acuan 8"x8". Lapikkan dengan plastik. Kemudian masukkan adunan ke dalam acuan yang telah dilapik dengan plastik tadi. Tekan dan rata2kan adunan tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Erm.......pagi2 lagi, sebelum budak turun sekolah, Mah dah keluarkan dari peti sejuk. Nak hidangkan untuk anak2....sebelum ayah mereka panggil masuk kereta. Senangnya hati....anak2 dan suami kata sedap....!!!!! Mah nak bagi creditlah pada yang empunya resepi, sebab kek ini memang sedap, tidak manis sangat dan tidak ada rasa pahit, kerana kadang2 ada yang kita makan terasa kepahitannya sedikit and eventhough first try.........kek ini memang senang dibuat.....tak rugi kalau kita mencubanya........!!!!!!!

Thursday 19 April 2012

Sup Campur Bebola Ikan

Sup Campur Bebola Ikan
Assalamualaikum. Salam ceria buat pengunjung blog, semoga anda sentiasa berbahagia di samping keluarga tersayang. Sebenarnya, Sup Campur Bebola Ikan ni dibuat seangkatan dan sezaman dengan Kerabu Timun....2 in 1.....katakan..Hihihi!!! ....Postnya jer yang berlainan. Malam sebelumnya, ada buat. Anak yang kecil request sekali lagi....Sedap mak...katanya!!!!!.Lagipun lewat2 ni......Mah terfikir jua nak ubah cara memasak, sebelum ni...asyik yang bergoreng jer....Bahaya tau untuk kesihatan..!!! Apa kata kita seimbangkan dengan masakan berebus. Kalau kita buat kaji selidik, orang2 tua dulu kenapa kebanyakan mereka sihat. Cuba tanya rahsia mereka...!!!!! Confirm mereka akan jawab dan promote...Makanlah makanan berebus...!!!! Tak caya tanya atuk dan nenek, bagi yang masih ada kedua2nya yer..!!! 

Mah pernah jumpa seorang perempuan tua...di kawasan Serikin, tempat membeli belah kawasan sempadan Kuching-Indonesia. Beliau menjadikan tandas rumahnya sebagai tandas awam untuk pengunjung2 di Serikin. Sementara menunggu giliran, Mah berbual mesra dengan nenek ni...Mula2 Mah anggar umurnya dalam  50'an gitu...Alangkah terkejutnya Mah, bila dia kata umurnya dah 93 tahun. Masih nampak sihat dan cergas.... Nenek ni kata....amalan pemakanan beliau hanyalah sayur rebus tanpa tumis dan ulam-ulaman dan tak memakan ayam serta daging. Tabik hormatlah pada orang tua..ni..!!! Macam kita pada zaman ni...dah macam2 penyakit ada!!!!!

Makanan berebus ni... tak semua orang suka, especially anak2. Jadi, saya pun mula mencari sup yang sedap tanpa perlu menumis tapi anak2 suka makan. Saya buat blog walking, akhirnya saya menjumpai apa yang saya cari. Saya cuba buat, ternyata anak2 suka dan asyik minta tambah. Bukan anak aje tau, ayah mereka pun......tumpang sekaki dan minta buatkan selalu masakan macam ini. Terima kasih pada yang empunya resepi ni. Semoga anda mendapat pahala atas ilmu yang dikongsi bersama. Jom kita layan resepi untuk kesihatan ini....!!!!!!

Sup Campur Bebola Ikan
Sumber  :

Bahan Campuran :

2 liter air rebusan ayam ~ kalau takda ayam boleh guna 2 kiub ayam
10 -15 biji bebola ikan
4 batang sosej
1 batang lobak merah ~ potong dadu
2 biji kentang ~ potong dadu
2 biji telur ~ pecah dalam mangkuk dan pukul sedikit jer
Apa2 jenis sayur ikut stok yang ada pada kita : seperti sawi, putik jagung, brokoli dan sebagainya

Bahan Untuk Sup :

2 biji bawang putih ~ tumbuk tapi jangan lumat
1/2 inci halia ~ tumbuk tapi jangan lumat
1/2 camca teh sos tiram
1/2 camca teh kicap manis
1/2 camca teh gula
1/2 sudu makan tepung jagung ~ optional
Lada sulah

Bahan Hiasan :
Daun Sup/Daun Bawang & Bawang Goreng 

Cara2 Membuatnya :
  1. Masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi ke dalam air rebusan ayam.
  2. Kemudian masukkan juga lobak merah & kentang. 
  3. Campurkan sekali sos tiram, kicap manis, gula dan lada sulah. Gaul rata.
  4. Rebus lobak merah & kentang sehingga empuk. 
  5. Kemudian masukkan pula bebola ikan & sosej. Biar sehingga masak.
  6. Masukkan juga stok sayur2an yang ada. Gaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan telur sedikit demi sedikit. Biar sebentar dan kuar perlahan.
  8. Rasakan supnya, kalau kurang masin, barulah tambah garam.
  9. Tutup api dan hidangkan dengan hirisan daun sup/bawang dan bawang goreng.
 Sup Campur Bebola Ikan yang telah siap untuk hidangan makan malam kami...!!!!!


SELAMAT MENCUBA!!!!!!

Kerabu Timun


Assalamualaikum. Semalam seperti biasa, balik kerja terus buka peti sejuk. Tengok apa yang nak dimasak untuk makan malam. Stok yang masih tinggal sedikit timun, baki buat ulam pitis dulu. Asalnya plan nak buat sayur, bila teringat encik abang suka sangat makan kerabu timun terus tukar plan pulak. Hihihi....sayur timun akhirnya menjadi kerabu timun...!!!!! Yer...lah kita ni tukang masak kat rumah....kadang2 kena ikut selera makan orang penghuninya!!!!! Sebab yang jadi clientnya....orang rumah kita jua!!!! Hihihi gurau jer....!!!

Jom kita tengok resepi mudah ni....dan bahan2nya sekali.

Kerabu yang dah siap..untuk dihidang..!!!!

Kerabu Timun

Bahan2nya :

2 biji timun 
3 biji cili merah
1/2 cawan udang kering/ikan bilis
1/2 inci belacan
1/2 cawan santan
1/2 cawan kacang tanah yang telah ditumbuk halus.
Garam & gula 

Cara2 Membuatnya :
  1. Buang kulit timun, gariskan dengan garpu dan potong bulat2.
  2. Tumbuk cili hingga lumat.
  3. Masukkan udang kering/ikan bilis & belacan.
  4. Dalam satu bekas, satukan bahan yang ditumbuk tadi dengan santan, kacang tanah dan timun. Gaul hingga rata.
  5. Suaikan rasa garam dan gula
Ta...daaaa!!!! Inilah rupanya kerabu timun......masa kecil dulu mak selalu buatkan untuk keluarga...!!!!!!

Kerabu kegemaran ..........orang rumah!!!!!!

Tuesday 17 April 2012

Ulam Pitis Dengan Timun & Sengkuang


Assalamualaikum, semalam balik jer...dari kerja, Mah memang  nak plan buat ulam pitis. Bahan2 pun dah siap di beli, nak tunggu orangnya buat jer!!!! Tapi rancangan nak buat awal terpaksa ditunda kejap...sebab semalam, lewat sampai kat rumah, kena ambil anak kat rumah adik ipar.....Jadinya....lepas solat...baru operasi kat dapur dapat dibuat. Erm...ulam pitis ni ada ceritanya tau!!!!!! Resepi ni........Mah ambil dari ibu saudara. Masa kita orang masih budak2 dulu, Mok Yot...panggilan untuk ibu saudara, selalu buatkan ulam pitis ni...Especially....bila kita orang balik kampung dan berkumpul ramai2!!!!! Tau ajerlah.....bila dah berkumpul..., masing2lah berebut nak abiskan ulaman. Hihihi....kenangan yang tak akan luput diingatanku. Terima kasih Mok atas resepinya, biarlah saya pula yang menyambung legasi keluarga kita ya...!!!!!!

Jom kita layan resepi Mok...ku ......ini!!!!!!!!!!!!!!

Ulam Pitis Dengan Timun & Sengkuang
Sumber  :  Mok Yot (Ibu Saudara)

Bahan Ulam :

4 biji timun
Ulam sengkuang dengan pitis

2 biji sengkuang

Bahan Pitis :

1/2 kilo kacang tanah
10 biji cili kering
4 sudu makan pitis
31/2 sudu makan gula apong (gula melaka)
1/4 cawan kicap pekat
1/2 cawan air suam

Cara2 Membuatnya:
  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak sampai masak kekuning2an. 
  2. Selepas itu sejukkan sebentar dan buangkan kulit kacang.
  3. Blend kacang sampai habis. Ketepikan.
  4. Panaskan sedikit minyak dan goreng pula cili hingga kering, tapi jangan pula sampai kehitam2an. (Nota : Cili jangan dibasuh, biarkan kering, terus goreng). Dah kering gorengannya, ketepikan.
  5. Kemudian blendkan cili sampai halus.
  6. Sementara itu dalam satu bekas, satukan pitis, gula apong, kicap pekat dan cili yang telah diblend tadi. Gaul rata2.
  7. Masukkan pula kacang yang telah diblendkan tadi. Gaul sampai rata.
  8. Akhir sekali masukkan air suam sedikit demi sedikit untuk mencairkan pitis supaya tidak terlalu pekat.
  9. Hiriskan timun dan sengkuang.
  10. Siap untuk dihidang.
Kalau nak buat untuk kenduri, doublekan bahan2nya yer!!!!! Kalau nampak kurang hitam pitis ni, boleh tambah kicap lagi. Tapi jangan banyak sangat, nanti masin pula.

Hidangan warisan keluarga, pembuka selera makan!!!!!!

Ulam pitis ni........dah jadi hidangan wajib, setiap kali ada kenduri kat rumah. Pantang jer...buat, memang first sekali abis compare dengan jamuan lain. Kadang2, tuan rumah pun tak sempat nak berulam. Biasalah....kan...bila kena ulam2an ni, memang terbuka selera orang untuk berjamu. Tak caya...cuba!!!!! 

Sunday 15 April 2012

Puding Roti Berkramel


Assalamualaikum, salam ceria sekali lagi buat pengunjung blog, resepi kali ni ialah Puding Roti Berkramel. Ini kali pertama Mah buat puding ini. Selalunya beli yang dah sedia ada. Di antara yang dibeli dengan buat sendiri, jauh bezanya. Betul tak kawan2????? Kita mendapat kepuasan bila sesuatu itu kita buat sendiri, especially bila kita buat untuk keluarga tersayang, semakin tinggilah rasa kepuasan yang dirasai!!!!! Betul angkat tangan, kalau tak angkat keyboard...kata Kak Nor. Terima kasih pada penyumbang resepi, izinkan saya pula yang berkongsi resepi di sini.

Jom kita layan resepi ni.....................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

                            

Puding Roti Berkramel

Sumber     :    From Bakery To Embroidery
Asal          :    Dygjack.blogspot.com

Karamel   ~   1/4 cawan gula pasir    
                     1/4 cawan air
                     Loyang bulat 8",  kalau nak tinggi sikit puding ni... guna acuan 7"            

                     Masukkan gula ke dalam loyang dan masak hingga gula perang.
                     Kemudian masukkan air perlahan2 dan kacau rata2. Ketepikan.

Puding      ~  3 keping roti
                     2 keping roti kraker
                     1 1/2 cawan susu cair
                     1/2 cawan air suam
                     1/4 cawan susu pekat
                     1 sudu teh esen vanilla
                     3 biji telur Gred B

Close-up bahagian dalam puding yang telah dipotong
Cara2 Membuatnya :
  1. Periuk pengukus yang telah diisi air hendaklah dipanaskan terlebih dahulu. 
  2. Kemudian blend semua bahan puding sehingga halus kecuali telur.
  3. Telur dikacau perlahan2 dgn whisk, tapi jangan sampai berbuih.
  4. Kemudian tuangkan hasil blend ke dalam mangkuk telur tadi. Kacau hingga sebati.
  5. Tapiskan campuran adunan ke dalam loyang yang ada kramel.
  6. Kemudian kukuskan selama 45 minit sehingga puding masak. 
  7. Pastikan acuan puding ditutup dengan kain bersih @ aluminium foil.
  8. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
Ta.....da!!!!!!! Nilah hasilnya. First time buat sendiri, tak mengecewakan. Hasilnya cukup memuaskan hati, rasanya sedap dan tak rugi kalau mencubanya. 

Erm.....!!!!!  Sedapnya, especially bila dah dikeluarkan dari peti sejuk.

Saturday 14 April 2012

Puding Si Bunga Ros

Assalamualaikum. Sebulan tak update blog.....!!!! Minta maaf banyak2 pada pengunjung blog, yer!!!!! Apa boleh buat, mak oii....!!!!! Sibuk memanjang sebulan yang lepas. Sibuk dengan budak nak periksa, ada yang ambil result SPM, sibuk buat order orang and last sekali pergi bercuti ke Miri secara berkonvoi dengan keluarga. Sepupu sebelah Mah, kahwin tanggal 1 April 2012 yang lepas. Tak lupa, ucapan tahniah pada anak mak, Aiman Zawani kerana meraih keputusan yang cemerlang dlm SPM lepas. Apa pun dengan kesempatan yang ada, apa lagi.......Mah nak gunakan untuk tebus balik hari2 yang terlepas sebelum ni. 

Sebenarnya, ni..resepi lama dari simpanan emak Mah. Acuan pun hak milik mutlak orang tua....Tapi tak apa kan!!! Anak mak, dah minta izin pakai.

Jom kita layan resepi kali ni......!!!!!! Puding Si Bunga Ros. Resepi retro, nama pun mesti retro kan!!!!!...Hihihi....!!!!! Tapi retro2 pun tetap evergreen n up-to-date.......kan!!!! Dalam up-to-date... hehehe........ tercari2 juga mana Mah simpan acuannya.....!!!!!


Puding Si Bunga Ros
Sumber : Resepi Mak (Puan Saniah Uni)

Ni..lah  rupanya Acuan Bunga Ros


Bahan2nya:

30 gm agar-agar
6 1/2 gelas air
4 biji telur
2 gelas gula pasir
1 sudu makan mentega
1sudu makan tepung jagung @ kastard
1/2 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla


Cara2 Membuatnya:

  1. Masakkan agar2 dengan 6 1/2 gelas air sehingga larut.
  2. Sementara menunggu agar2 masak, pukulkan telur dengan gula sampai putih.
  3. Masukkan sesudu makan mentega dan gaul sampai rata.
  4. Selepas itu, masukkan pula susu cair dan tepung jagung @ kastard. Gaul adunan tadi sampai sebati.
  5. Masukkan adunan ini kedalam agar2 yang dimasak tadi.
  6. Gaul rata2 dan biarkan sehingga agar2 tadi agak pekat.
  7. Akhir sekali masukkan esen vanilla. 
Cara2 Mewarnakan Puding:

  1. Cara pertama, masukkan adunan agar2 tadi ke dalam acuan Bunga Ros. 
  2. Biarkan sehingga sejuk, baru masukkan ke dalam peti ais. 
  3. Bila agar2 dah agak keras, keluarkan dari acuan. 
  4. Dengan menggunakan berus kuih yang lembut, warnakan bahagian tadi mengikut bentuk acuan.
  5. Bentuk bunga ros, warnakan merah, bentuk daun, warnakan hijau dan bahagian tepi acuan, warnakan mengikut selera masing2. 
  6. Kadang2, kalau susah nak cari berus kuih, gunakan cotton bud....yang dijamin bersih jer tau..!!! Hihihi..Gurau jer!!! Celupkan cotton bud ke dalam pewarna yang dikehendaki dan mulakan kerja mengecat anda...!!!! Selamat Berjaya!!! Inilah cara ni paling mudah, senang dan cepat!!!!!! Tak caya...cuba!!!!
Lebihan adunan, masukkan ke dalam acuan segiempat biasa yang kecil.
  1. Cara kedua, ambilkan sedikit agar2 tadi dan bahagikan kepada 3 warna, merah, hijau & kuning.
  2. Tompokkan warna2 tersebut ke dalam bentuk acuannya. 
  3. Tunggu sehingga bentuk tersebut agak keras, baru masukkan warna asal bagi menutupi keseluruhan acuan.
  4. Erm....tapi cara ni..mungkin agak susah bagi kebanyakkan orang...Kalau betul angkat tangan!!! Hihihi....

~ Selamat Mencuba Resepi Retro..ni ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...