Friday 17 February 2012

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum,

Alahai selamat jua ko tart....diconteng2 macam daun tu...sempat jua ko berposing atas mangkuk kaca tu....!!!!

Sekali lagi salam ceria, buat sahabat2 semua. Semoga hari ni lebih baik dari semalam dan semoga kebaikan sentiasa bersama dengan kita selamanya. Resepi Mah, kali ni ialah "Blueberry Cheese Tart". Alhamdulillah setelah mencuba untuk kali kedua, nampaklah kemas sikit design daun tu....!!!!! Hihi....nak posing katakan... kenalah make-up betul2. Dahlah tukang make-upnya......baru lulus ujian bab ukir-mengukir ni, tapi tak apa...kan. Janji ada!!!! Kalau nak tunggu sampai tahap professional...oii mak, tak jadi2 cheese tart kita ni. Kankah...baik dicuba berkali2, sehingga membuahkan hasil yang boleh menyenangkan pandangan mata dan melegakan hati kita. Tak lupa, buat Aiman. Tq, tolong mak bab ukir-mengukir ni and for your nice photo shooting. Keep it on....Lain kali tolong lagi yer!!!!! Hehe...Mak gurau je..Opss, Jangan marah!!!! Jom, kita tengok dulu bahan2nya :

Ni...masa nak dibentuk dlm acuan.. siap kena cucuk dgn garpu!!!!

Blueberry Cheese Tart
Sumber  :  Puan Azlita Aziz
Resepi Asal  :  Puan Azita Zain

Bahan Untuk Shell/Crust :

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Acuan Tart

Cara2 Membuatnya :
  1. Pukul marjerin dan gula, hanya dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  2. Lepas tu, masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Menurut Puan Azlita, doh ni hendaklah dimasukkan ke dalam plastik bag dan simpan dalam peti sejuk semalaman untuk mendapatkan kualiti doh yang baik.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garpu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170 C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari acuan tart untuk mengelak shell atau crust terkena wap.

Nota :  Jika guna telur B, buang sedikit putih telur untuk mengelak shell menjadi keras. Shell atau crust dicucuk dengan garpu untuk mengeluarkan gelembung angin supaya shell atau crust tidak mengelembung ketika dibakar. Shell ni boleh dibuat awal2 dan simpankan dalam bekas kedap udara.

Penyediaan Untuk Filing :

Bahan2 :  Sediakan jenis filing yang kita suka samada : Filing Blueberry, Strwaberry, Chocolate, Orange dsbnya:
Mah, gunakan filing blueberry. Filing ni, boleh didapati di kedai menjual bahan2 kek.
  1. Masukkan filing blueberry ke dalam piping bag dan paipkan ia ke dalam shell yang telah masak dibakar tadi. Buat sampai habis. 
  2. Setelah tu , guna cara yang sama, masukkan pula cream cheese ke dalam piping bag dan paipkan ia memenuhi shell sehingga ia nampak cantik membuncit. 
  3. Sebelum tu, TINGGALKAN sedikit cream cheese tu dalam 11/2 sudu makan untuk proses melorek nanti.
Ni..ahh..pulak!!!!Nak berteman berposing dengan anak mangkuk kaca sekali...hihi...!!!!


Bahan  Untuk Cream Cheese 
250 gm cream cheese (Philadephia)
50 gm gula kastor/gula halus
1 biji telur Gred B
1/2 sudu kecil  esen vanilla/esen lemon

Cara2 Membuatnya :
  1. Keluarkan cream cheese 20 - 30 minit sebelum digunakan. Jangan biarkan ia mencapai ke suhu bilik.
  2. Putarkan cream cheese dgn gula sehingga berkrim.
  3. Kemudian masukkan telur & esen vanilla. Putar lagi.
Sesi Lorek-Melorek/Ukir-Mengukir :

Ni..lah part yang paling seronok nak buat, tak sabar rasanya nak melorek atas cream cheese tu.
  1. Ambilkan baki cream cheese tadi dan bubuhkan pewarna yang kita suka. Gaul rata2 sehingga warna nampak sempurna.
  2. Lepas tu, gunakan pencungkil gigi dan buatkan 5 garisan pada bahagian atas cream cheese tadi pada bahagian sisi.
  3. Tarik dari atas ke bawah dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk yang dikehendaki.
  4. Part ni, kita kena buat cepat, jangan biarkan cream cheese itu mengering, nanti proses lorekkan tak secantik yang kita inginkan.
  5. Setelah siap semua, bakarkan selama 5 minit pada suhu 170C. Jika tidak melekat, maknanya dah masaklah tu. Jika belum, tambah lagi dalam seminit.

Nota :  Untuk adunan shell kita dapat buat dalam 30 - 40 shell . Itu pun bergantung dengan saiz dan ketebalan acuan.
Adunan cream pula banyaknya, 2 kali ganda dari adunan shell. Jadi nak stabilkan, kita kena buatkan adunan shell dalam 2 adunan..

                            T   A   M  A  T     !!!!!!!!!!!!!!

Alhamdulillah, berkat kito sabor jadi jugak ya..ko si cheese tart. Anak2 dah tak sabar nak makan, sedari tadi je asyik nak minta je..... Erm..erm....Sedap terasa, makanlah cheese tart.....ku ini....Lagu iklan Susu Cap Junjung zaman 80an !!!!!



                                                      SELAMAT MENCUBA YER!!!!!

Tuesday 14 February 2012

Mini Sherpard Pie

Assalamualaikum,

Mini Sherpard Pie...Tengok tu..bahagian atasnya yang dah siap dibakar dengan warna coklat kekuning-kuningan......mak oiii....tak sabar rasanya nak makan!!!!!!!!!

Salam ceria semua, buat teman2. Semoga dianugerahi Allah dengan kesihatan yang baik, insyaAllah dengan kesihatan yang kita ada, mampu buat kita menghambakan diri pada Sang Pencipta langit dan bumi. Kali ni, Mah kongsikan dengan semua, satu resepi iaitu "Mini Sherpard Pie". Kebetulan ketika menghadiri majlis rumah terbuka pada hari raya lepas, tuan rumah yang juga teman sepejabat serta sahabat baik Mah, menyajikan hidangan ni. Erm!!! Sedap betullah!!!!! TQ Abby & Tina for sharing this recipe. Dah berkali2 jua mencuba, selalunya buat dalam pinggan caserolle, ni pula nak cuba style mini...nampak cute je. Biasa...kan tengok dalam pinggan caserolle yang besar tu. Dan style mini tu....hasilnya seperti tatapan yang tergambar di atas. Hihi......ni,...usahkan budak2, mak bapak budak pun suka makan. 



Sesi pipingkan....isi kentangnya yang berkrim tu...!!!!!
Jom kita layan dulu bahan2nya:

Mini Sherpard Pie
Sumber : Abby & Tina

Bahan Intinya :

400 gm daging cincang (minced beef)
2 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 tin cendawan butang (dipotong 4)
1 labu bawang besar/bakong (dipotong dadu)
1 bungkus kecil sos cili = 293gm
1 bungkus kecil sos tomato = 293gm
2 sudu makan mentega/marjerin
Garam dan gula secukup rasa



Ta...da.... ni..lah rupanya lepas kena make-up.... 
Bahan untuk Cream Kentangnya:

500 gm kentang (rebus dan taruh sedikit garam)
250 ml susu segar (panaskan sekejap)
1 sudu makan mentega/marjerin
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
Mozarella Cheese (Ditabur atas creamnya)
~ Tak ada cheese, Mah gantikan dengan daun oregano
* Nak cream banyak, gandakan bahan2nya.

Untuk Inti :
  1. Cairkan 2 sudu makan mentega dan tumiskan bawang besar/bawang bakong sehingga kekuning2an.
  2. Setelah itu, masukkan daging cincang. Gaul dan biarkan daging itu empuk/masak.
  3. Selepas itu, masukkan pula lobak merah dan seperti biasa gaul rata2 dan biar ia masak.
  4. Masukkan pula sos cili dan sos tomato. Kuar rata2.
  5. Akhir sekali, masukkan pula cendawan butang.
  6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Untuk Cream Kentangnya :
  1. Kentang yang telah direbus tadi, buangkan kulitnya dan lenyekkan sehingga hancur. 
  2. Kemudian masukkan 250ml susu segar tadi dan gaul sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan pula 1 sudu makan mentega/marjerin, garam dan serbuk lada hitam.
  4. Gaul rata2. 
Penyediaan :
  1. Sudukan inti tadi ke dalam bekas aluminium bulat.
  2. Kemudian masukkan cream kentang tadi ke dalam piping beg dan paipkan ke atas inti tadi.
  3. Taburkan parutan mozarella cheese atau daun oregano ke atasnya.
  4. Kemudian bakarkan ke dalam oven pada suhu 180 C.
  5. Angkat dan sejukkan, sebelum dihidang buat santapan keluarga.
                                                   Ni...lah hasilnya. Erm sedap tau!!!!!

Sedapnya....!!!!! Especially bila makan masa tengah hot....panaslah....tu!!!!!

                                                             CUBA BUAT YER!!!!!

Thursday 9 February 2012

Petai Tumis Udang

Assalamualaikum,

Yum...yum...yum!!!!! Hidangan yang paling laris di meja makan keluarga kami..termasuk digemari oleh yang paling kecil...si Amni!!!!!!!
Kita berjumpa lagi pada entry ni. Walau sesibuk mana pun, alhamdulillah dapat jua nak update blog ni untuk tatapan semua dan jua untuk anak2 gadis Mah. Yalah nanti dah besar, dah berumahtangga kena jua memasak untuk keluarga masing2, ya...kan!!! Apa pun, yang penting, siapa pun kita, anak orang kurang beradakah atau kayakah, kena rajin membantu mak memasak di dapur. Pesan ustaz kalau nak cari calon suami/isteri/menantu tak cukup sekadar tengok pada kelakuannya, tapi paling utama tengok pada solatnya. Yang nampak baik tak semestinya bagus, tapi yang solat dengan khusyuk dan tawadduk dah semestinya calon yang terbaik buat kita sebab orang ni jaga hubungannya dengan Allah sebaik mungkin.

Berbalik pada resepi Petai Tumis Udang ni, sebenarnya ada di kalangan orang yang tak suka makan petai. Macam Mah dan anak2 jua dulu. Memang tak suka makan. Tapi bila Mah terjumpa resepi ni, bukan Mah je...yang suka..malah anak2 pun turut suka. Kiranya jadi hidangan kegemaran keluarga kamilah.  Bila Mah buat je....confirmed bertambah nasi kat pinggan tu. Waktu memasak, tak payah cakaplah, baunya jer..dah cukup mengamit selera kita untuk makan dan kena buka tingkap luas2.....owh...kasi itu bau keluar....Hihihi..

Apa lagi kita tengok dulu bahan2nya yer:

PETAI TUMIS UDANG
Sumber : Dari keratan majalah 

3 tompok petai (Biasanya kat sini jual ikut tompok, setompok RM2.00)
Semangkuk udang (yang telah dibuang kulitnya)
15 - 20 batang cili kering
2 labu bawang bawang besar (bwg bombay - utk memperbanyakkan ramuan sambalnya)
4 ulas bawang merah (sedang besar)
1 inci belacan
1 sudu makan asam jawa (jadikan 1/2 cawan air)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara2 Membuatnya:
  1. Cuci dulu petai, kemudian tuskan airnya.
  2. Panaskan minyak dan goreng petai sehingga nampak agak garing @ kekuning2an. 
  3. Angkat dan ketepikan petai itu. 
  4. Jangan buang minyak lebihan tumisan petai ni. Ia akan diguna balik nanti.
  5. Blendkan sekali cili kering, bawang besar, bawang merah, belacan, dan air asam jawa. 
  6. Panaskan lebihan minyak tadi (nampak kurang tambahkan lagi sedikit minyak)
  7. Kemudian tumiskan bahan yang telah diblend tadi sehingga bangkit baunya. 
  8. Gaul dan biarkan sebentar sehingga tumisan tadi nampak pekat.
  9. Masukkan udang. Gaul rata2 sehingga udang nampak dah agak masak.
  10. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
  11. Akhir sekali masukkan petai yang telah digoreng awal tadi.

Ta..da...!!!! dah siap pun untuk hidangan keluarga tersayang. Ops!!! Minyak terlebih, tapi tak apa kita boleh buangkan minyak yang berlebihan tu. Tak jadi masalah. Janji dapat makan. Baca Bismillah dan doa makan dulu, nak menghadap petai tumis udang ni. 

Wow...!!!!!! Udang dan petai tu...menggodalah....tak sabar nak makan...hihihi....!!!!!


SELAMAT MENCUBA YER!!!!!!!

Wednesday 8 February 2012

Sayur Bandung Tumis Udang

Assalamualaikum,


Favourite sayur kegemaran suami.....!!!!!!!!

Apa khabar? Mah doakan semoga sihat hendaknya. InsyaAllah, bila kita sihat, hari2 yang kita lalui akan lebih bermakna lagi, semoga kita gunakan kudrat yang masih tersisa buat memperbanyakkan amalan pada yang menciptakan kita selaku hambaNya. Resepi Mah kali ni, ialah "Sayur Bandung Tumis Udang". Erm.....sayur ni memang sedap, tapi nak membuatnya tu...lah kena ambil lebih masa. Macam kita ni...kerja pejabat mana cukup masa, kalau balik rumah pun dah nak dekat senja, ada pun hujung minggu jer..lah.

Orang Sarawak, panggil daun bandung atau lebih dikenali dengan nama komersialnya daun pucuk ubi. Daun bandung ni ada dua (2) jenis, yang berdaun panjang dan satu lagi berdaun lebar. Mah suka masak yang jenis berdaun panjang. Selalunya, dekat kampung senang jer.. nak dapat, petik je kat kawasan luar rumah. Daun bandung ni, macam2 cara orang memotongnya. Mah suka ikut cara mak, golekkan atas papan atau antara dua tangan. Lepas tu, potong kecil2 atau tumbukkan sehingga lumat, basuh beberapa kali serta perahkan airnya. Kemudian tuskan.

SAYUR BANDUNG TUMIS UDANG
Sumber  : Resepi Keluarga

Bahan2nya :

1 ikat daun bandung (pucuk ubi)
2 biji cili merah
4 biji cili padi (kalau nak pedas)
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Semangkuk kecil udang (yang telah dibuang kulitnya)
1 paket santan 
Garam dan ajinomoto 
Sedikit minyak untuk menumis

Cara2 Membuatnya:
  1. Tumbuk cili merah, cili padi serta bawang merah & bawang putih.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk tadi sehingga naik baunya.
  3. Masukkan udang dan gaul sehingga agak kekuningan.
  4. Tambahkan sedikit air, biar mendidih, kemudian masukkan daun bandung.
  5. Gaul sehingga rata dan biarkan seketika.
  6. Kemudian masukkan pula bancuhan santan tadi.
  7. Tambah garam dan ajinomoto secukup rasa.  
  8. Dah masak, hidangkanlah untuk santapan keluarga.

Erm....sedapnya!!!!! Tambah ada udang....lagilah naik selera nak makan...!!!!!!


SELAMAT MENCUBA YER!!!!

Tuesday 7 February 2012

Tempoyak Udang Buah Pelajo

Assalamualaikum,

Aduh....!!!!!! Sedapnya tempoyak ni....!!!! Tengok tu udang dan buah pelajo tu....rasa2nya memanggil...kita dok kat meja makan. Jom kita makan!!!!!

Semoga hari anda ceria!!! Bersua kembali kita di entry ni. Erm...!!!! Kali ni kita tengok resepi tempoyak udang buah pelajo. Erm....enak rasanya, sedap owh, boleh terangkat selera makan sampai tak ingat orang sebelah. Hehe...gurau je!!! Sebab setiap orang kan mempunyai selera makan yang berbeza2, tapi bagi pengemar tempoyak, masaklah dengan apa cara jua pun, kalau dah minat tu...memang tolak ke tepilah hidangan lain. Sebelum tu, Mah kena ceritakan serba sedikit dulu tentang buah pelajo ni, kalau udang dan tempoyak tu tak payahlah ye...seantaro dunia dah tahu kan...hehe..

Besar sungguhkan keagungan Allah (swt). Dia berkuasa menumbuhkan segala macam tumbuh2an untuk manfaat hamba2Nya. Surah Al-Zumar - Ayat 21: " Apakah engkau tidak memperhatikan, bahawa Allah menurunkan air dari langit, lalu diaturkannya menjadi sumber-sumber air di bumi, kemudian dengan air itu ditumbuhkanNya tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, kemudian menjadi kering, lalu engkau melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikanNya hancur berderai-derai. Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang mempunyai akal yang sihat." Benarlah seperti firman Allah.

Buah pelajo yang putih kejambu2an
Tapi, eh...Mah tak tahu pula nak panggil buah ni apa? Bagi orang Sarawak, kami namakan buah ni, buah pelajo, mungkin agak pelik sikit bunyinya jika jarang di dengar. Menurut emak dan maklumat dari penjual buah ni di Pasar Minggu, buah ni jatuh dari pokoknya dan selalu hanyut di tepi2 sungai. Ia dijual dengan harga RM2.00 sebungkus. Kalau nak beli, pilihlah buah yang segar dan warnanya masih keputih2an atau kadang kala ada sedikit warna merah jambu. Jangan pilih yang sudah agak kehitam2an warnanya, mungkin ia dah agak lama di ambil.

Jom, kita tengok bahan2nya dulu:

Hihihi..Nak posing kejap!!!!!
Tempoyak Udang Buah Pelajo
Sumber  :  Dari Emak (Saniah Binti Auni)

2 biji cili merah
4 biji cili padi (kalau nak pedas lagi)
3 biji bawang merah (sedang besar)
Semangkuk udang (telah dikopek kulitnya)
Sebungkus buah pelajo
1 senduk nasi tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara2 Membuatnya
  1. Tumbukkan cili hidup, cili padi dan bawang merah.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tadi sehingga naik baunya.
  3. Masukkan udang, gaul sehingga agak kekuning2an.
  4. Kemudian masukkan buah pelajo dan gaul sehingga rata.
  5. Akhir sekali masukkan tempoyak, garam dan gula secukup rasa.
Ta..da!!!!!!!!! nilah hasilnya. Cuba tengok udang dan buah pelajo tu...erm..sedapnya!!!!

Tunggu masa yer ko tempoyak.....kita orang dah nak ready ni !!!!!!!!! Bismillah....1, 2, 3.....Cepat berkayuh!!!!!!

Pelajo yang dah digoreng, Erm..ranggup..nya...!!!!!
Buah pelajo juga boleh digoreng. Goreng macam biasa, macam kita goreng ikan bilis. Bila dah garing, angkat dan tuskan minyaknya. Campurkan dengan sedikit garam. Buah ni rasanya lemak2 (alahai susah2 nak gambarkan, macam rasa kacang pistachio, bawah sikitlah dari rasa tu... dan sedap bila dimakan. Ingat sebelum makan mulakan dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah. 

CUBALAH YER!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...