Showing posts with label Sayur-Sayuran. Show all posts
Showing posts with label Sayur-Sayuran. Show all posts

Monday, 5 November 2012

Keladi Masak Lemak Kulit Sapi


Assalamualaikum dan salam ceria semua. Hari itu, teringin nak makan sayur keladi, jadi bila pergi ke Pasar Satok terus saya carikan sayur keladi. Lama dah masak tapi KIV, baru ada masa nak update. Masa arwah nenek masih ada dulu, inilah masakan nenek yang paling saya suka. Tak tahulah, walaupun simple jer nenek masak tapi air tangan beliau memang sedap. Rasa2 sampai sekarang masih terbayang2 masakan arwah. Al- Fatihah buat arwah nenek!!!!!  

Keladi Masak Lemak Kulit Sapi
Sumber : Arwah Nenek Fatimah

Bahan2nya :

2 bungkus sayur keladi (ada jual kat pasar)
Santan pekat (200gm, bungkus kecil)
Sedikit kulit sapi
3 helai daun kunyit ~ dihiris halus 
3 tangkai daun singkel ~ dicarik2
3 tangkai daun kesum ~ dicarik2

Bahan Tumis :

10 biji cili kering (rendam)
3 atau 4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci belacan (dibakar kejap)
Sedikit isi kelapa putih 
~ dibakar kejap dan diparut  
~ sepatutnya ada, tapi saya tak ada stok
Sebatang serai - dititik
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Sekeping asam gelugor


Cara2 Membuatnya :
  1. Sayur keladi direbus sehingga lembut dan tuskan setelah masak.
  2. Blend cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan bersama2.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah diblend tadi sehingga naik baunya.
  4. Masukkan sekali serai.
  5. Setelah itu masukkan air santan. Kuar rata2 dan biarkan sehingga santan mendidih.
  6. Masukkan sayur keladi, kulit sapi, kesemua daun, asam gelugor dan isi kelapa putih yang telah dibakar dan diparut tadi.
  7. Masukkan sedikit gula dan suaikan rasa garamnya.



Friday, 29 June 2012

Bendi Tumis Kicap



Assalamualaikum, salam ceria buat pengunjung blog. Lama rasanya tak update blog. Tapi tak apa..kan!!! Sekurang2nya adalah jua nak dikemaskini. Semalam masak simple jer..dan di...update..kan untuk rujukan anak2 nanti. Sekurang2nya, bila mak takda kat rumah boleh juga mereka buka blog ini....dan masaklah apa2 yang patut, lebih2 lagi bagi anak yang paling kecil, Amni Najihah.

Bendi Tumis Kicap

Bahan2nya :

15-20 batang bendi
1 biji cili merah ~ potong serong
3 ulas bawang merah ~ dimayang
4 ulas bawang putih ~ ditumbuk 
1/2 sudu makan gula
Sedikit ikan bilis
Sedikit kicap
Sedikit garam

Cara2 Membuatnya :
  1. Panaskan minyak dan tumis ikan bilis sampai nampak garing.
  2. Alihkan ikan bilis dan tinggalkan lebihan minyak untuk menumis bahan2 lain.
  3. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili sehingga garing sedikit.
  4. Masukkan bendi dan kuar perlahan2 .
  5. Masukkan kicap, gula dan sedikit garam. Gaul rata2.
  6. Dah masak, hidangkan dalam pinggan dan taburkan ikan bilis tadi.

Hidangan simple untuk makan malam.

Monday, 12 March 2012

Sayur Kacang Buncis Campur


Assalamualaikum,

Salam ceria buat pengunjung blog, semoga hari ini dan hari2 mendatang menjadikan kita lebih baik dari semalam dan semoga amalan kebaikan kita semakin bertambah dari sehari ke sehari. Bila ingat surah Yasin, pada bacaan ayat ke-12; "Sesungguhnya kami menghidupkan orang2 yang mati, dan kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang telah mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap2 sesuatu kami catatkan satu persatu dalam kitab yang jelas nyata". Ya Allah, Allah benar2 sentiasa mengingatkan manusia akan setiap perkara kejahatan yang dilakukan pasti mendapat siksaan balasanNya. Astaghfirullah dan Na'uzubillah, semoga kita sentiasa mendapat perlindungan Allah dari setiap  kejahatan dan dari setiap kebatilan. Amin..........3x . Tebarkankanlah ilmu walaupun hanya dengan sepotong ayat.   

Posing dekat sikit...hihi...sampai menyenget ambil gambar!!!
Jom kita berbalik pada resepi masakan kali ni. Sayur Kacang Buncis Campur. Asalnya nak masak Sayur Kacang Buncis Tumis Telur jer...!!!! Bila tengok dalam peti ais tu...adalah saki baki  carrot, mushroom kering dan putik jagung. Apalagi, tukar plan...lah!!!!! Hihihi.....kesian tengok anak teruna Mah...yang sorang tu. Yalah orang baru jer balik dari mengail......dahlah tak dapat ikan....anak udangnya jadi mangsa masakan maknya......Tapi tak apa kan...bang!!!!! Dapat pahala lebih berbakti pada ibu tersayang...Hihihi.....Jangan marah ya Bang Hisyam. (Panggilan untuk anak bujang Mah) 

Bahan2nya:




Satu lagi sesi....close-up 

Sayur Kacang Buncis Campur

500gm kacang buncis
Semangkuk kecil udang
1 batang lobak merah (Potong ikut suka)
1 bungkus putik jagung (Potong ikut suka)
4/5 butang mushroom kering (Rendamkan)
1 batang cili merah (Hiris memanjang)
Minyak untuk menumis

3 ulas bawang putih (Tumbuk)
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cair
1 sudu makan serbuk ikan bilis (boleh guna kiub)
1 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan 1/2 cawan air)
Serbuk lada putih
Sedikit gula

Cara2 Membuatnya:
  1. Sebelum tu....celurkan lobak merah dan putik jagung ke dalam air mendidih yang telah dicampur dengan sedikit minyak zaitun dan garam. Celur kejap jer......Angkat dan tuskan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuning2an. 
  3. Masukkan udang dan tumis hingga nampak kekuning2an.
  4. Lepas tu...masukkan serbuk ikan bilis dan sos tiram. Kacau hingga rata.
  5. Masukkan pula kacang buncis dan balik2kan sayur tu.
  6. Masukkan bancuhan tepung jagung tadi dan sos cair. Kuar rata2.
  7. Akhir sekali, masukkan pula lobak merah, putik jagung dan mushroom.
  8. Taruh serbuk lada dan sedikit gula.
Dah pun siap untuk dihidang buat keluarga tersayang!!!!

Hihi...saya yang di aim benar...tu......apalagi, kalau tak putik jagung dan udang tu!!!!!!!!

Sunday, 11 March 2012

Sayur Kacang Campur Udang



Hihihi....Posing....ikut cara lain....sebab tu colour nampak berbeza!!!!!!
Salam semua, buat pengunjung blog. Alhamdulillah kita masih dapat bernafas lagi di bumi Allah yang Maha Luas ni.....setelah seketika kita dimatikan buat sementara waktu di alam tidur. Sesungguhnya Allah berkuasa menahan roh kita....seandainya takdir hidup kita masih ada, maka dilepaskanNya, maka dengan itu kita masih hidup....Tapi apa akan terjadi seandainya Allah menahan roh kita dan ditakdirkan hidup kita tamat untuk hari itu.....Soalnya, telah bersediakah kita melalui alam itu???????.....Alam yang tiada apa dapat membantu melainkan hanya amalan kita......Kerana itulah Islam mengajar kita bersyukur kepada nikmat Allah.....dan di antaranya, Islam mengajar kita membaca doa sebelum tidur..!!!!
"Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan aku mati" ~ Doa yang selalu kita baca:

"Ya Allah, dengan nama-Mu aku meletakkan bahuku, dan dengan nama-Mu aku mengangkatkannya. Jika Engkau menahan rohku (mematikannya) maka berilah rahmat kepadanya, Dan jika Engkau menghidupkannya, maka jagalah dia sebagaimana Enkau menjaga hamba-hamba-Mu yang soleh." ~ Ni...satu lagi doanya.....
Dan kemudiannya, Allah menghidupkan kita kembali setelah terbangun dari tidur.....Kerana itu jualah Islam mengajar kita untuk bersyukur kepada Allah atas hari2 yang telah Allah panjangkan usia kita....Doa Bangun tidur;
"Segala pujian bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali, sesudah tadinya mematikan kami. Dan kepadaNyalah tempat kembalinya kami.


Minta maaf ya...bercerita pasal hidup mati ni....!!!!! Hari ini kan......11 Mac 2012, genap setahun....Tsunami melanda Jepun....Ketika orang lain bertafakkur dengan cara tersendiri...maka kita pula kenalah saling ingat-mengingati di antara satu sama lain. Rakyat Jepun memang tabah....Solute to them...!!!! Mudah2an Allah tebarkan hidayahNya kepada rakyat Jepun untuk kembali kepada agama fitrah.

Sebenarnya, entry hari ni......Mah masakkan sayur yang simple jer...Kadang2 benda yang kita masak simple, boleh menyenangkan orang2 yang baru nak belajar memasak terutamanya bagi anak2 gadis. Macam kita dulu jugak.....kejap2 kita tanya mak....Mak macam mana nak buat ni???? Sayur nak potong macam mana, bawang berapa banyak, garam nak letak berapa sudu.....Alahai sabar jer mak kita......!!!!!! Itulah mak kita....orang yang paling bersabar dengan kerenah anak2nya....Mudah2an Allah membalas jasa ibu kita dengan kebaikan yang tak putus2.....Mudah2an jua Allah menganda2kan pahala ibu kita.... Amin....3x

Jom kita tengok dulu bahan2nya :

Sayur Kacang Campur Udang

500gm kacang panjang
Semangkuk udang (Mah tak kupas kulitnya)
1 sudu teh serbuk kunyit (untuk digaul dengan udang tadi)
Garam dan aji (Mah tak guna aji, boleh ganti dengan gula sedikit)
Minyak untuk menumis

 Bahan untuk ditumbuk:
2 batang cili merah
3 ulas bawang merah (sedang besar)
1 ulas bawang putih

Cara2 Membuatnya:
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi, sehingga naik baunya.
  2. Kemudian masukkan udang yang telah digaul dengan serbuk kunyit tadi.
  3. Balik2kan, dah nampak udang agak kekuning2an sedikit, masukkan sayur.
  4. Gaul sehingga rata, tambahkan sedkit air untuk kuahnya. Nak tumis kering pun boleh.
  5. Masukkan garam dan aji serta sesuaikan rasanya.
Senang tak!!!!!! Semoga ilmu yang serba sedikit ni...dapat mendatangkan manfaat pada semua orang.....Amin.....3x

Sayur simple jer.....buat yang nak belajar

Wednesday, 8 February 2012

Sayur Bandung Tumis Udang

Assalamualaikum,


Favourite sayur kegemaran suami.....!!!!!!!!

Apa khabar? Mah doakan semoga sihat hendaknya. InsyaAllah, bila kita sihat, hari2 yang kita lalui akan lebih bermakna lagi, semoga kita gunakan kudrat yang masih tersisa buat memperbanyakkan amalan pada yang menciptakan kita selaku hambaNya. Resepi Mah kali ni, ialah "Sayur Bandung Tumis Udang". Erm.....sayur ni memang sedap, tapi nak membuatnya tu...lah kena ambil lebih masa. Macam kita ni...kerja pejabat mana cukup masa, kalau balik rumah pun dah nak dekat senja, ada pun hujung minggu jer..lah.

Orang Sarawak, panggil daun bandung atau lebih dikenali dengan nama komersialnya daun pucuk ubi. Daun bandung ni ada dua (2) jenis, yang berdaun panjang dan satu lagi berdaun lebar. Mah suka masak yang jenis berdaun panjang. Selalunya, dekat kampung senang jer.. nak dapat, petik je kat kawasan luar rumah. Daun bandung ni, macam2 cara orang memotongnya. Mah suka ikut cara mak, golekkan atas papan atau antara dua tangan. Lepas tu, potong kecil2 atau tumbukkan sehingga lumat, basuh beberapa kali serta perahkan airnya. Kemudian tuskan.

SAYUR BANDUNG TUMIS UDANG
Sumber  : Resepi Keluarga

Bahan2nya :

1 ikat daun bandung (pucuk ubi)
2 biji cili merah
4 biji cili padi (kalau nak pedas)
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Semangkuk kecil udang (yang telah dibuang kulitnya)
1 paket santan 
Garam dan ajinomoto 
Sedikit minyak untuk menumis

Cara2 Membuatnya:
  1. Tumbuk cili merah, cili padi serta bawang merah & bawang putih.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk tadi sehingga naik baunya.
  3. Masukkan udang dan gaul sehingga agak kekuningan.
  4. Tambahkan sedikit air, biar mendidih, kemudian masukkan daun bandung.
  5. Gaul sehingga rata dan biarkan seketika.
  6. Kemudian masukkan pula bancuhan santan tadi.
  7. Tambah garam dan ajinomoto secukup rasa.  
  8. Dah masak, hidangkanlah untuk santapan keluarga.

Erm....sedapnya!!!!! Tambah ada udang....lagilah naik selera nak makan...!!!!!!


SELAMAT MENCUBA YER!!!!

Friday, 27 January 2012

Paku Uban Tumis Kering

Assalamualaikum,

Paku Uban tumis kering ni....sedap dimakan dengan nasi yang masih panas!!!! Erm...kena lagik di hidang dengan ikan masin goreng......yum..yum..yum..bertambah selera makan!!!!!!!
Mah, doakan semoga anda semua ceria setiap hari di samping keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan. Kali ni resepi Mah berkaitan dengan paku uban. Mungkin bagi sesetengah orang akan bertanya apakah paku uban tu sebenarnya? Di kalangan orang Sarawak, kami memanggil ia paku uban atau dalam bahasa lain sayur paku, Mah tak pasti pula panggilan untuk paku uban ni di tempat lain.

Hihihi..terpaksa kawan berdiri tegak...nak posing katakan!!!
Kebanyakan orang menjadikan ia sebagai ulam-ulaman sebagai pembuka selera tapi tak ramai orang tahu bahawa ia boleh dibuat sayur. Bahkan di kalangan sahabat pun, pernah bertanya kepada Mah, betulkah boleh dibuat sayur?

Mah pun tahu tentang sayur paku uban ni dari arwah ayah Mah.  Al-Fatihah untuk arwah ayah, semoga rohnya dirahmati Allah (s.w.t). Dulu, ia merupakan sayur kegemaran arwah ayah. Setiap kali ada paku uban, arwah ayahlah yang paling sibuk ke dapur memasak dan menumis sayur ni, sekalipun mak ada, ayah tetap nak juga memasak. Masih terasa harumnya tumisan arwah hingga ke hari ini. Dan Mah bawakan peninggalan resepi ni ke dalam hidup kami sekeluarga sebagai kenang-kenangan pada kisah lalu bersama arwah ayah.

Ni...hah...posing ramai2, yang lima tegak berdiri tu..ketua..katakan!!!
Paku uban ni biasanya dijual di Pasar Minggu dengan harga RM2.00 seikat. Kalau dulu RM0.50 sen je seikat, sekarang ni semuanya dah naik harga. Kita kena pilih yang masih segar dan kehijau-hijauan rupanya. Sebelum dimasak, bahagian hujungnya yang bergulung2 tu, kenalah ditarik panjang dulu dan buangkan bahagian gulungan yang paling dalam. Lepas tu, barulah di ambil bahagian batang yang lembut, biasanya Mah patahkan dua atau tiga dan buang bahagian yang keras. Siap dipatah atau digentuk (bahasa Sarawak), cucikan dengan air.

PAKU UBAN TUMIS KERING
Sumber  : Arwah Ayah (Semawi Bin Hj. Dawi)

Bahan2nya:

Hihihi....Tak dapat diri tegak  lagik...dah patah seribu..masuk dlm kuali!!!
1 ikat paku uban
3 / 4 ulas bawang merah sedang besar
2 ulas bawang putih
1/2 sudu besar biji lada hitam
Segenggam ikan bilis (orang Sarawak panggil pusuk)
1/2 inci belacan
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

Cara2 nya:

  1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan biji lada hitam. Tumbuk lagi.
  3. Kemudian masukkan belacan dan ikan bilis.
  4. Panaskan minyak, dan tumiskan sehingga naik bau.
  5. Masukkan paku uban yang telah dipatah2 kecil tadi.
  6. Tidak perlu tambah air sebab sayur ni ditumis kering.
  7. Kalau ditambah air, rasanya tak sedap.
  8. Balik2kan dan suaikan rasa garam.

Siap untuk dihidang dan makan dengan nasi panas serta lauk2 lain.

Ni......pulak dah kena makeup, masuk dalam pinggan putih....Kena siap sedia untuk dimakan..!!!!    
~ SELAMAT MENCUBA~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...