Friday 5 October 2012

Ayam Masak Halia


Assalamualaikum, semoga hari anda ceria di samping keluarga. Sebenarnya, resepi ini, 2 hari yang lepas dah buat, tapi baru ada kesempatan nak update. Resepi ini juga di ambil dari buku masakan Chef Hanieliza. Terima kasih banyak2 pada Chef kerana dengan adanya buku ini, semakin banyak resepi yang saya nak cuba. Haha.......kalau dulu selalu order kat kedai2 makan!!!!! Sekarang ini, apa kata kita pula yang jadi tauke restoran kat rumah sendiri. Jimat juga belanja dari makan kat luar. Saya berani kata, sebab resepi Chef ini memang sedap dan rasanya seperti kita makan kat luar sana!!! Tak rugilah beli buku Chef ni!!!!

Ayam Masak Halia
Sumber : Chef Hanieliza

Bahan A :

500 gm ayam
1 biji tomato (belah 4)
1 pokok daun bawang (potong 1")
1 biji bawang besar (saya tambah)

Bahan B :

3 sudu makan sos tiram
1 sudu teh tepung jagung 
(bancuh dengan 1/2 cawan air)
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan minyak masak
Garam secukupnya

Bahan C : (Dihiris)

3 biji cili merah
3 inci halia
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih



Cara2 membuatnya :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dihiris sehingga layu.
  2. Masukkan ayam dan kacau rata2. Kemudian masukkan sedikit air.
  3. Masakkan ayam sehingga lembut.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung, sos tiram, serbuk lada hitam dan garam.
  5. Biarkan sehingga pekat.
  6. Masukkan tomato, bawang besar dan daun bawang. Kemudian kacau rata.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Note : Sepatutnya kuah ini pekat, tapi saya sengaja tambahkan banyak air sebab nak buat kuah lebih.

"Selamat Mencuba"


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...