Friday 27 January 2012

Paku Uban Tumis Kering

Assalamualaikum,

Paku Uban tumis kering ni....sedap dimakan dengan nasi yang masih panas!!!! Erm...kena lagik di hidang dengan ikan masin goreng......yum..yum..yum..bertambah selera makan!!!!!!!
Mah, doakan semoga anda semua ceria setiap hari di samping keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan. Kali ni resepi Mah berkaitan dengan paku uban. Mungkin bagi sesetengah orang akan bertanya apakah paku uban tu sebenarnya? Di kalangan orang Sarawak, kami memanggil ia paku uban atau dalam bahasa lain sayur paku, Mah tak pasti pula panggilan untuk paku uban ni di tempat lain.

Hihihi..terpaksa kawan berdiri tegak...nak posing katakan!!!
Kebanyakan orang menjadikan ia sebagai ulam-ulaman sebagai pembuka selera tapi tak ramai orang tahu bahawa ia boleh dibuat sayur. Bahkan di kalangan sahabat pun, pernah bertanya kepada Mah, betulkah boleh dibuat sayur?

Mah pun tahu tentang sayur paku uban ni dari arwah ayah Mah.  Al-Fatihah untuk arwah ayah, semoga rohnya dirahmati Allah (s.w.t). Dulu, ia merupakan sayur kegemaran arwah ayah. Setiap kali ada paku uban, arwah ayahlah yang paling sibuk ke dapur memasak dan menumis sayur ni, sekalipun mak ada, ayah tetap nak juga memasak. Masih terasa harumnya tumisan arwah hingga ke hari ini. Dan Mah bawakan peninggalan resepi ni ke dalam hidup kami sekeluarga sebagai kenang-kenangan pada kisah lalu bersama arwah ayah.

Ni...hah...posing ramai2, yang lima tegak berdiri tu..ketua..katakan!!!
Paku uban ni biasanya dijual di Pasar Minggu dengan harga RM2.00 seikat. Kalau dulu RM0.50 sen je seikat, sekarang ni semuanya dah naik harga. Kita kena pilih yang masih segar dan kehijau-hijauan rupanya. Sebelum dimasak, bahagian hujungnya yang bergulung2 tu, kenalah ditarik panjang dulu dan buangkan bahagian gulungan yang paling dalam. Lepas tu, barulah di ambil bahagian batang yang lembut, biasanya Mah patahkan dua atau tiga dan buang bahagian yang keras. Siap dipatah atau digentuk (bahasa Sarawak), cucikan dengan air.

PAKU UBAN TUMIS KERING
Sumber  : Arwah Ayah (Semawi Bin Hj. Dawi)

Bahan2nya:

Hihihi....Tak dapat diri tegak  lagik...dah patah seribu..masuk dlm kuali!!!
1 ikat paku uban
3 / 4 ulas bawang merah sedang besar
2 ulas bawang putih
1/2 sudu besar biji lada hitam
Segenggam ikan bilis (orang Sarawak panggil pusuk)
1/2 inci belacan
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

Cara2 nya:

  1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan biji lada hitam. Tumbuk lagi.
  3. Kemudian masukkan belacan dan ikan bilis.
  4. Panaskan minyak, dan tumiskan sehingga naik bau.
  5. Masukkan paku uban yang telah dipatah2 kecil tadi.
  6. Tidak perlu tambah air sebab sayur ni ditumis kering.
  7. Kalau ditambah air, rasanya tak sedap.
  8. Balik2kan dan suaikan rasa garam.

Siap untuk dihidang dan makan dengan nasi panas serta lauk2 lain.

Ni......pulak dah kena makeup, masuk dalam pinggan putih....Kena siap sedia untuk dimakan..!!!!    
~ SELAMAT MENCUBA~

Monday 23 January 2012

Garlic Bread Butter (for French Loaf)

Assalamualaikum,

Ni...bukan buat rotinya ya...buk!!!!!!! Cuma ngajar buat butternya saja!!!!! Tapi tetap kelas..!!!!! Adalah sebijik macam yang di kedai tu....!!!!! Hihihi.....

Apa khabar? Mah, doakan semoga sahabat2 semua sihat di samping keluarga tercinta. Sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina ni, apa kata kita cuba resepi yang paling mudah dan ringkas untuk dibuat, terutamanya bagi suri rumah yang bekerja. Anak2 dara lagilah digalak mencuba, jadi bekalan alam rumahtangga nanti. Resepi ni sebenarnya di ambil dari fendi@myresepi.com. Minta izin ya...!!!! dengan yang empunya resepi ni. Mudah2an kita mendapat keberkatan dari ilmu yang kita kongsi bersama. Apa yang paling penting....French Loaf kena ada. Kadang2 tak semua orang tau, apa bendanya French Loaf ni? Ada yang tau rupa, tapi tak tau nak panggil apa? Jom, apa kata kita tengok gambar ini.

Ni...hah rupanya....French Loaf!!!!! Aduh.....org kampung  panggil apa..hah???? Roti Bantal???? French Loaf tu nama....glamournya....ya tak kawan2!!!!!!
 
Ni..lah rupanya "French Loaf". Boleh kita beli di mana2 kedai roti. Kejap je buat ni. Yang penting sekali  kita kena buat ialah "Garlic Butter"nya saja, sebab roti dah ada. Bak kata orang2 tua, pendayung dah ada di tangan, perahu dah ada di air, apa lagi......jomlah kita berdayung. Kita tengok dulu bahan2nya.

GARLIC BREAD BUTTER
SUMBER  :  fendi@myresepi.com

Ni.....tengah bersusun nak posing!!!!!! Kejap lagi....siaplah jadi santapan anak2!!!!!!!!

Bahan2nya:

French Loaf
2 ulas bawang putih
2 sudu makan mentega
Daun Parsley kering secukupnya ~ takde stok, Mah ganti dengan Oregano

Cara2 Membuatnya:
  1. Kupas bawang putih, bersihkan, kemudian balut dengan aluminium foil. Bakarkan dalam oven pada suhu 180 degree selama 15 minit.
  2. Keluarkan aluminium foil yang berisi bawang putih tu dari oven dan ketuk2kan sekali dengan anak lesung atau hulu pisau.
  3. Campurkan bawang putih yang telah diketuk tadi ke dalam mentega. Kemudian cairkan mentega tadi ke dalam microwave.
  4. Dah siap,  sapukan pada kedua2 bahagian roti yang telah dipotong serong setebal 7-10mm.
  5. Taburkan daun parsley/oregano. Susun dalam tray dan bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 150 degree.
  6. Siap untuk dihidang.
Nota  :  Garlic Butter ni boleh di buat dalam kuantiti yang banyak dan boleh tahan 2 minggu kalau disimpan  dalam peti sejuk.

                                          ~ SELAMAT MENCUBA  ~ 
                   
       PERKARA BAIK KALAU KITA BUAT, MAKA BAIKLAH JADINYA

Saturday 14 January 2012

Tart Buah-Buahan (Mixed Fruit Tart)

Assalamualaikum,

Fruit Tart!!!!....Yum...yum...yum....Memang sedap, Terbaik!!!! Tq pada yang empunya resepi.....!!!!!!!
Alhamdulillah, sekian lama tertangguh akhirnya tanggal 11 Januari 2012, tergerak jua jari jemariku menjentik benda yang bernama keyboard ni. Yalah entry pertama katakan... macam2 setting kena buat. Haru biru jua kepala dibuatnya!!! Dahlah kita ini, bukannya pandai sangat dlm bidang IT ni. Haha....Sikit2 untuk menjentik keyboard ini bolehlah. Tapi, tak apa kan, bak kata datuk nenek kita dulu, bukan mudah untuk menjadi mudah dan bukan senang untuk menjadi senang. Setiap kejayaan pasti ada rintangan dan dugaan dibelakangnya. Itulah yang kita kena lalui sebelum kita temui.....KEJAYAAN. Hehehe...tapi tak apa kan!!! Datuk nenek kita jua berpesan.... Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Bahkan sebelum zaman datuk nenek kita berpesan... Allah (swt) terlebih dulu telah berfirman dlm Al-Quran : Surah Alam Nasyrah (Ayat : 1-8), "Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami telah menghilangkan daripada mu bebanmu, yang memberatkan punggungmu. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu, Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh2 (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." - Benarlah  seperti apa yang telah Allah firmankan.

Hihihi.......Berposing ikut susunan....!!!! 1, 2, 3 start posing!!!!!!
Resepi ni, sebenarnya gabungan dari dua orang insan yang baru saya kenali dalam bidang ni, menerusi Azlita Masam Manis dan Mat Gebu@myresepi.com. Semoga Allah memberi keberkatan kepada kedua2nya atas dasar berkongsi ilmu kepada semua orang. Jom kita tengok macam mana nak buat Fruit Tart ni.

TART BUAH-BUAHAN (MIXED FRUIT TART)
Sumber  :   Azlita Masam Manis & Mat Gebu@myresepi.com


Bahan2 untuk buat Shell atau Crust:
Sumber : Azlita Masam Manis


170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Acuan Tart

Cara2 Membuat Shell atau Crust:
  1. Pukul marjerin dan gula, hanya dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  2. Lepas tu, masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Menurut Pn. Azlita, doh ni hendaklah dimasukkan ke dalam plastik bag dan simpan dalam peti sejuk semalaman untuk mendapatkan kualiti doh yang baik.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dlm acuan tart. Cucuk dengan garpu sebelum dibakar. Bakar dengan suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari acuan tart untuk mengelak shell atau crust terkena wap.

Nota  :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telur untuk mengelak shell menjadi keras.
Shell atau crust dicucuk dengan garpu untuk mengeluarkan gelembung angin supaya shell atau crust             ketika dibakar tidak mengelembung.
Doh ni boleh di sedia awal dan hendaklah disimpan dalam bekas kedap udara.

Bahan2 Krim Pastri:
Sumber  : Mat Gebu@myresepi.com.my

300ml susu segar (Fresh Milk)
3 biji kuning telur
50gm gula halus
20gm tepung gandum ~ 
20gm tepung jagung   ~ (disatukan & diayak)
1 camca teh esen vanilla
2 camca besar mentega atau marjerin

Bahan2 lain :

Buah2an ikut pilihan sendiri (samada nak anggur, epal, kiwi, strawberri etc)
Piping Jelly ~ untuk mengilatkan buah (kalau takde pun tak apa)
Coklat cair secukupnya ~ Mah tak letak

Cara2 Membuatnya:
  1. Panaskan susu segar di dalam periuk kecil. Matikan api, kemudian biarkan ia suam.
  2. Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yang telah diayak tadi. 
  3. Kacau menggunakan whisk sehingga berkrim.
  4. Tuang susu suam tadi sedikit demi sedikit sambil terus mengacau adunan sehingga susu habis dituang.
  5. Alihkan adunan ke dlm periuk kecil dan tenggekkan atas air mendidih (kaedah steam boiler)
  6. Kacaukan adunan sehingga berubah menjadi pekat dan licin.
  7. Matikan api. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata2 dan sejukkan.
Penyediaan Akhir :

Letakkan krim pastri ke dlm piping bag dan paipkan adunan ke dlm shell atau crust tadi. Susun buah2an. 
Siap untuk dijamu pada keluarga tersayang....

Hai...buah kiwi, buah, epal dan buah anggur!!!!!1 Kejap lagik habislah ko kena ngap....dengan kastard & pastrinya sekali!!!!!!!

                                              ~ SELAMAT MENCUBA ~


                     "Jika kita buat kebaikan, maka kebaikan jualah yang kita dapat"
           ~ kita dapat keredhaan, kerahmatan, kedamaian, ketenangan & kebahagiaan ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...