Friday 27 January 2012

Paku Uban Tumis Kering

Assalamualaikum,

Paku Uban tumis kering ni....sedap dimakan dengan nasi yang masih panas!!!! Erm...kena lagik di hidang dengan ikan masin goreng......yum..yum..yum..bertambah selera makan!!!!!!!
Mah, doakan semoga anda semua ceria setiap hari di samping keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan. Kali ni resepi Mah berkaitan dengan paku uban. Mungkin bagi sesetengah orang akan bertanya apakah paku uban tu sebenarnya? Di kalangan orang Sarawak, kami memanggil ia paku uban atau dalam bahasa lain sayur paku, Mah tak pasti pula panggilan untuk paku uban ni di tempat lain.

Hihihi..terpaksa kawan berdiri tegak...nak posing katakan!!!
Kebanyakan orang menjadikan ia sebagai ulam-ulaman sebagai pembuka selera tapi tak ramai orang tahu bahawa ia boleh dibuat sayur. Bahkan di kalangan sahabat pun, pernah bertanya kepada Mah, betulkah boleh dibuat sayur?

Mah pun tahu tentang sayur paku uban ni dari arwah ayah Mah.  Al-Fatihah untuk arwah ayah, semoga rohnya dirahmati Allah (s.w.t). Dulu, ia merupakan sayur kegemaran arwah ayah. Setiap kali ada paku uban, arwah ayahlah yang paling sibuk ke dapur memasak dan menumis sayur ni, sekalipun mak ada, ayah tetap nak juga memasak. Masih terasa harumnya tumisan arwah hingga ke hari ini. Dan Mah bawakan peninggalan resepi ni ke dalam hidup kami sekeluarga sebagai kenang-kenangan pada kisah lalu bersama arwah ayah.

Ni...hah...posing ramai2, yang lima tegak berdiri tu..ketua..katakan!!!
Paku uban ni biasanya dijual di Pasar Minggu dengan harga RM2.00 seikat. Kalau dulu RM0.50 sen je seikat, sekarang ni semuanya dah naik harga. Kita kena pilih yang masih segar dan kehijau-hijauan rupanya. Sebelum dimasak, bahagian hujungnya yang bergulung2 tu, kenalah ditarik panjang dulu dan buangkan bahagian gulungan yang paling dalam. Lepas tu, barulah di ambil bahagian batang yang lembut, biasanya Mah patahkan dua atau tiga dan buang bahagian yang keras. Siap dipatah atau digentuk (bahasa Sarawak), cucikan dengan air.

PAKU UBAN TUMIS KERING
Sumber  : Arwah Ayah (Semawi Bin Hj. Dawi)

Bahan2nya:

Hihihi....Tak dapat diri tegak  lagik...dah patah seribu..masuk dlm kuali!!!
1 ikat paku uban
3 / 4 ulas bawang merah sedang besar
2 ulas bawang putih
1/2 sudu besar biji lada hitam
Segenggam ikan bilis (orang Sarawak panggil pusuk)
1/2 inci belacan
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

Cara2 nya:

  1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan biji lada hitam. Tumbuk lagi.
  3. Kemudian masukkan belacan dan ikan bilis.
  4. Panaskan minyak, dan tumiskan sehingga naik bau.
  5. Masukkan paku uban yang telah dipatah2 kecil tadi.
  6. Tidak perlu tambah air sebab sayur ni ditumis kering.
  7. Kalau ditambah air, rasanya tak sedap.
  8. Balik2kan dan suaikan rasa garam.

Siap untuk dihidang dan makan dengan nasi panas serta lauk2 lain.

Ni......pulak dah kena makeup, masuk dalam pinggan putih....Kena siap sedia untuk dimakan..!!!!    
~ SELAMAT MENCUBA~

5 comments:

  1. assalamualaikum...hebat betul resepi Mah nie...sedappp betuulll rasanyerr...try ler semue..kata org tak kenal maka tak cinta..Mah i like your recipe!!! Semoga berjaya..ye Mah! :)

    ReplyDelete
  2. wlkmslm....tq mukumuku,cubalah masak nanti yer!!!Kalau sedap masaklah selalu..gurau je...hehe

    ReplyDelete
  3. Oh..sy pasti masak untuk anak-anak...saye ni...diorang kate sedap..kalah resepi nenek die..haha

    ReplyDelete
  4. tetiba rasa sayu ngenang arwah..my favourite uncle. not only uncle he just like a father to me. i love him so much. alfatihah ..sob..sob.

    happy blogging..good posting..
    muahhhs..kazen mu yang gebu..hiks

    ReplyDelete
  5. Benar, arwah bapa sentiasa happy dan membuat orang lain ceria dengan telatahnya. Jangankan anak2, anak2 saudara pun menyukai perangai arwah. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...