Wednesday, 25 April 2012

Puding Black Pearl


Assalamualaikum, salam sekali lagi buat pengunjung blog, buat teman2. Actually, semalam lagi dah buat, tapi biasalah puding ni.......kan!!!! Kena check-in dulu dlm peti sejuk.........next day baru boleh check-out. Hihihi macam hotel lak....kena check-in n out. Hahaha.......At first punyalah susahnya nak buat puding ni. Mana tak nya, sukatan air dalam kilo, pening jua kepala kita dibuatnya. Last, baru teringat sukatan digital ada, so pandai2lah timbang dan untuk memudahkan lagi Mah convert ke sukatan gelas. 

First sekali Mah rasa puding ini, ketika ada kenduri kat rumah mak dulu. Saudara sebelah mak yang sedekahkan. Emmm......walaupun nampak simple ternyata rasanya memang sedap!!!!!! Jom kita layan resepi yang simple ini!!!!!!! Mah buat setengah adunan jer.

Puding Black Pearl
Sumber  :  Wa Kiah

Resepi Asal

40 gm agar-agar
2 kilo 840gm air = 11 1/2 gelas air
6 biji telur
20 ozs gula = 2 1/2 gelas gula
2 tin susu cair
1 bungkus cincau ~ dipotong dadu
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla


Bahan Untuk Setengah Adunan :

20 gm agar-agar
5 3/4 gelas air
3 biji telur
1 1/4 gelas gula
1 tin susu cair
1/2 bungkus cincau ~ dipotong dadu
1/2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla


Cara Membuatnya :
  1. Mula2 masakkan agar-agar dengan air yang telah disukat tadi sehingga larut.
  2. Pukulkan telur dengan gula sehingga sebati.
  3. Masukkan susu cair, tepung jagung dan esen vanilla.
  4. Pukul lagi adunan ini sehingga sebati.
  5. Kemudian masukkan adunan ke dalam agar2 tadi.
  6. Kuar perlahan2 dan masakkan sehingga 30 - 45 minit.
  7. Tutup api dan biarkan sebentar.
  8. Kemudian masukkan potongan cincau tadi ke dalam adunan agar2.
  9. Kuar lagi sehingga rata.
  10. Masukkan adunan ke dalam acuan dan sejukkan.
  11. Setelah sejuk barulah masukkan ke dalam peti ais.
Ini adalah baki adunan yang diletak dalam acuan lain sebab tu cincaunya nampak kurang....hihihi....tapi tak apa kan!!!!! Eh..eh...... apahal pulak cincau tu terapung di permukaan aja, tak nak lak landing kat bawah....!!!! Hihihi......tak apa....janji jadi!!!!!!!



Friday, 20 April 2012

Kek Batik Jawa


Assalamualaikum, sekali lagi buat pengunjung blog. Salam Jumaat, semoga kehadiran hari ini menjadikan kita insan yang lebih baik dan mulia dari semalam dan seterusnya untuk hari2 yang mendatang. Semalam selepas buat order Cheese Tart, Mah gunakan kesempatan yang ada dengan mencuba resepi ini. First try n not bad, at least menjadi juak kek ini, walaupun tak secantik yang orang lain buat......tapi tetap bersyukur kerana penat lelah kita berbaloi jua.

Sebenarnya, Mah selalu makan kek ini tetapi tak pernah buat sendiri. Bila menjadi......mak oiii berbunga2 taman dalam hati dek kerana rasa gembira yang teramat sangat...Hihihi.....sendiri buat......sendiri........pula memuji bagi menyenangkan hati....kan kah bagus.....tak payah stress2...!!!!!!! Kek ini ada yang panggil Kek Batik, ada tambah jadi Kek Batik Jawa, ada pula yang namakan Kek Roti Marie disebabkan penggunaan rotinya. Adalah Mah bawa sedikit kat ofis, kawan kata sedap dan nak order!!! Eeee....Mah cakap nanti dulu, tak erti nak letak harga berapa???

Hihihi.....kerana nak kejar masa, dah tak teratur dan terbuang kesan2 potongan!!!!
Tapi, tak apa....Jom kita layan resepinya...!!!!! Oh..ya.........lupa nak bagi tau, resepi ini Mah dapatkan daripada adik ipar. Tq Mas, dan tq jua buat siapa2 yang empunya resepi asal ni......tak tau nama, tak apa, pahala tetap berjalan. 

Kek Batik Jawa
Sumber  :  Masniah Hj. Mohammad

Close-up bahagian sisi yang telah dipotong
Bahan2 nya : (Resepi asal 1 adunan penuh, Mah buatkan 1/2 adunan saja)

5 biji telur  
250gm mentega
1 bungkus roti marie ~ patah2kan roti (dari sebungkus, guna 3/4 roti sahaja) 
1/2 tin kecil susu pekat @ 194gm
1 cawan milo
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
1/2 botol kecil browning

Dari pandangan sisi yang berbeza
Cara2 Membuatnya :
  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur, susu junjung, milo, tepung & browning.
  3. Gaul sampai semuanya sebati.
  4. Kemudian, masukkan ke dalam kuali dan kuar sehingga pekat dan likat.
  5. Tutup api dan masukkan roti marie. Kuar rata2. 
Sediakan acuan 8"x8". Lapikkan dengan plastik. Kemudian masukkan adunan ke dalam acuan yang telah dilapik dengan plastik tadi. Tekan dan rata2kan adunan tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Erm.......pagi2 lagi, sebelum budak turun sekolah, Mah dah keluarkan dari peti sejuk. Nak hidangkan untuk anak2....sebelum ayah mereka panggil masuk kereta. Senangnya hati....anak2 dan suami kata sedap....!!!!! Mah nak bagi creditlah pada yang empunya resepi, sebab kek ini memang sedap, tidak manis sangat dan tidak ada rasa pahit, kerana kadang2 ada yang kita makan terasa kepahitannya sedikit and eventhough first try.........kek ini memang senang dibuat.....tak rugi kalau kita mencubanya........!!!!!!!

Thursday, 19 April 2012

Sup Campur Bebola Ikan

Sup Campur Bebola Ikan
Assalamualaikum. Salam ceria buat pengunjung blog, semoga anda sentiasa berbahagia di samping keluarga tersayang. Sebenarnya, Sup Campur Bebola Ikan ni dibuat seangkatan dan sezaman dengan Kerabu Timun....2 in 1.....katakan..Hihihi!!! ....Postnya jer yang berlainan. Malam sebelumnya, ada buat. Anak yang kecil request sekali lagi....Sedap mak...katanya!!!!!.Lagipun lewat2 ni......Mah terfikir jua nak ubah cara memasak, sebelum ni...asyik yang bergoreng jer....Bahaya tau untuk kesihatan..!!! Apa kata kita seimbangkan dengan masakan berebus. Kalau kita buat kaji selidik, orang2 tua dulu kenapa kebanyakan mereka sihat. Cuba tanya rahsia mereka...!!!!! Confirm mereka akan jawab dan promote...Makanlah makanan berebus...!!!! Tak caya tanya atuk dan nenek, bagi yang masih ada kedua2nya yer..!!! 

Mah pernah jumpa seorang perempuan tua...di kawasan Serikin, tempat membeli belah kawasan sempadan Kuching-Indonesia. Beliau menjadikan tandas rumahnya sebagai tandas awam untuk pengunjung2 di Serikin. Sementara menunggu giliran, Mah berbual mesra dengan nenek ni...Mula2 Mah anggar umurnya dalam  50'an gitu...Alangkah terkejutnya Mah, bila dia kata umurnya dah 93 tahun. Masih nampak sihat dan cergas.... Nenek ni kata....amalan pemakanan beliau hanyalah sayur rebus tanpa tumis dan ulam-ulaman dan tak memakan ayam serta daging. Tabik hormatlah pada orang tua..ni..!!! Macam kita pada zaman ni...dah macam2 penyakit ada!!!!!

Makanan berebus ni... tak semua orang suka, especially anak2. Jadi, saya pun mula mencari sup yang sedap tanpa perlu menumis tapi anak2 suka makan. Saya buat blog walking, akhirnya saya menjumpai apa yang saya cari. Saya cuba buat, ternyata anak2 suka dan asyik minta tambah. Bukan anak aje tau, ayah mereka pun......tumpang sekaki dan minta buatkan selalu masakan macam ini. Terima kasih pada yang empunya resepi ni. Semoga anda mendapat pahala atas ilmu yang dikongsi bersama. Jom kita layan resepi untuk kesihatan ini....!!!!!!

Sup Campur Bebola Ikan
Sumber  :

Bahan Campuran :

2 liter air rebusan ayam ~ kalau takda ayam boleh guna 2 kiub ayam
10 -15 biji bebola ikan
4 batang sosej
1 batang lobak merah ~ potong dadu
2 biji kentang ~ potong dadu
2 biji telur ~ pecah dalam mangkuk dan pukul sedikit jer
Apa2 jenis sayur ikut stok yang ada pada kita : seperti sawi, putik jagung, brokoli dan sebagainya

Bahan Untuk Sup :

2 biji bawang putih ~ tumbuk tapi jangan lumat
1/2 inci halia ~ tumbuk tapi jangan lumat
1/2 camca teh sos tiram
1/2 camca teh kicap manis
1/2 camca teh gula
1/2 sudu makan tepung jagung ~ optional
Lada sulah

Bahan Hiasan :
Daun Sup/Daun Bawang & Bawang Goreng 

Cara2 Membuatnya :
  1. Masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi ke dalam air rebusan ayam.
  2. Kemudian masukkan juga lobak merah & kentang. 
  3. Campurkan sekali sos tiram, kicap manis, gula dan lada sulah. Gaul rata.
  4. Rebus lobak merah & kentang sehingga empuk. 
  5. Kemudian masukkan pula bebola ikan & sosej. Biar sehingga masak.
  6. Masukkan juga stok sayur2an yang ada. Gaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan telur sedikit demi sedikit. Biar sebentar dan kuar perlahan.
  8. Rasakan supnya, kalau kurang masin, barulah tambah garam.
  9. Tutup api dan hidangkan dengan hirisan daun sup/bawang dan bawang goreng.
 Sup Campur Bebola Ikan yang telah siap untuk hidangan makan malam kami...!!!!!


SELAMAT MENCUBA!!!!!!

Kerabu Timun


Assalamualaikum. Semalam seperti biasa, balik kerja terus buka peti sejuk. Tengok apa yang nak dimasak untuk makan malam. Stok yang masih tinggal sedikit timun, baki buat ulam pitis dulu. Asalnya plan nak buat sayur, bila teringat encik abang suka sangat makan kerabu timun terus tukar plan pulak. Hihihi....sayur timun akhirnya menjadi kerabu timun...!!!!! Yer...lah kita ni tukang masak kat rumah....kadang2 kena ikut selera makan orang penghuninya!!!!! Sebab yang jadi clientnya....orang rumah kita jua!!!! Hihihi gurau jer....!!!

Jom kita tengok resepi mudah ni....dan bahan2nya sekali.

Kerabu yang dah siap..untuk dihidang..!!!!

Kerabu Timun

Bahan2nya :

2 biji timun 
3 biji cili merah
1/2 cawan udang kering/ikan bilis
1/2 inci belacan
1/2 cawan santan
1/2 cawan kacang tanah yang telah ditumbuk halus.
Garam & gula 

Cara2 Membuatnya :
  1. Buang kulit timun, gariskan dengan garpu dan potong bulat2.
  2. Tumbuk cili hingga lumat.
  3. Masukkan udang kering/ikan bilis & belacan.
  4. Dalam satu bekas, satukan bahan yang ditumbuk tadi dengan santan, kacang tanah dan timun. Gaul hingga rata.
  5. Suaikan rasa garam dan gula
Ta...daaaa!!!! Inilah rupanya kerabu timun......masa kecil dulu mak selalu buatkan untuk keluarga...!!!!!!

Kerabu kegemaran ..........orang rumah!!!!!!

Tuesday, 17 April 2012

Ulam Pitis Dengan Timun & Sengkuang


Assalamualaikum, semalam balik jer...dari kerja, Mah memang  nak plan buat ulam pitis. Bahan2 pun dah siap di beli, nak tunggu orangnya buat jer!!!! Tapi rancangan nak buat awal terpaksa ditunda kejap...sebab semalam, lewat sampai kat rumah, kena ambil anak kat rumah adik ipar.....Jadinya....lepas solat...baru operasi kat dapur dapat dibuat. Erm...ulam pitis ni ada ceritanya tau!!!!!! Resepi ni........Mah ambil dari ibu saudara. Masa kita orang masih budak2 dulu, Mok Yot...panggilan untuk ibu saudara, selalu buatkan ulam pitis ni...Especially....bila kita orang balik kampung dan berkumpul ramai2!!!!! Tau ajerlah.....bila dah berkumpul..., masing2lah berebut nak abiskan ulaman. Hihihi....kenangan yang tak akan luput diingatanku. Terima kasih Mok atas resepinya, biarlah saya pula yang menyambung legasi keluarga kita ya...!!!!!!

Jom kita layan resepi Mok...ku ......ini!!!!!!!!!!!!!!

Ulam Pitis Dengan Timun & Sengkuang
Sumber  :  Mok Yot (Ibu Saudara)

Bahan Ulam :

4 biji timun
Ulam sengkuang dengan pitis

2 biji sengkuang

Bahan Pitis :

1/2 kilo kacang tanah
10 biji cili kering
4 sudu makan pitis
31/2 sudu makan gula apong (gula melaka)
1/4 cawan kicap pekat
1/2 cawan air suam

Cara2 Membuatnya:
  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak sampai masak kekuning2an. 
  2. Selepas itu sejukkan sebentar dan buangkan kulit kacang.
  3. Blend kacang sampai habis. Ketepikan.
  4. Panaskan sedikit minyak dan goreng pula cili hingga kering, tapi jangan pula sampai kehitam2an. (Nota : Cili jangan dibasuh, biarkan kering, terus goreng). Dah kering gorengannya, ketepikan.
  5. Kemudian blendkan cili sampai halus.
  6. Sementara itu dalam satu bekas, satukan pitis, gula apong, kicap pekat dan cili yang telah diblend tadi. Gaul rata2.
  7. Masukkan pula kacang yang telah diblendkan tadi. Gaul sampai rata.
  8. Akhir sekali masukkan air suam sedikit demi sedikit untuk mencairkan pitis supaya tidak terlalu pekat.
  9. Hiriskan timun dan sengkuang.
  10. Siap untuk dihidang.
Kalau nak buat untuk kenduri, doublekan bahan2nya yer!!!!! Kalau nampak kurang hitam pitis ni, boleh tambah kicap lagi. Tapi jangan banyak sangat, nanti masin pula.

Hidangan warisan keluarga, pembuka selera makan!!!!!!

Ulam pitis ni........dah jadi hidangan wajib, setiap kali ada kenduri kat rumah. Pantang jer...buat, memang first sekali abis compare dengan jamuan lain. Kadang2, tuan rumah pun tak sempat nak berulam. Biasalah....kan...bila kena ulam2an ni, memang terbuka selera orang untuk berjamu. Tak caya...cuba!!!!! 

Sunday, 15 April 2012

Puding Roti Berkramel


Assalamualaikum, salam ceria sekali lagi buat pengunjung blog, resepi kali ni ialah Puding Roti Berkramel. Ini kali pertama Mah buat puding ini. Selalunya beli yang dah sedia ada. Di antara yang dibeli dengan buat sendiri, jauh bezanya. Betul tak kawan2????? Kita mendapat kepuasan bila sesuatu itu kita buat sendiri, especially bila kita buat untuk keluarga tersayang, semakin tinggilah rasa kepuasan yang dirasai!!!!! Betul angkat tangan, kalau tak angkat keyboard...kata Kak Nor. Terima kasih pada penyumbang resepi, izinkan saya pula yang berkongsi resepi di sini.

Jom kita layan resepi ni.....................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

                            

Puding Roti Berkramel

Sumber     :    From Bakery To Embroidery
Asal          :    Dygjack.blogspot.com

Karamel   ~   1/4 cawan gula pasir    
                     1/4 cawan air
                     Loyang bulat 8",  kalau nak tinggi sikit puding ni... guna acuan 7"            

                     Masukkan gula ke dalam loyang dan masak hingga gula perang.
                     Kemudian masukkan air perlahan2 dan kacau rata2. Ketepikan.

Puding      ~  3 keping roti
                     2 keping roti kraker
                     1 1/2 cawan susu cair
                     1/2 cawan air suam
                     1/4 cawan susu pekat
                     1 sudu teh esen vanilla
                     3 biji telur Gred B

Close-up bahagian dalam puding yang telah dipotong
Cara2 Membuatnya :
  1. Periuk pengukus yang telah diisi air hendaklah dipanaskan terlebih dahulu. 
  2. Kemudian blend semua bahan puding sehingga halus kecuali telur.
  3. Telur dikacau perlahan2 dgn whisk, tapi jangan sampai berbuih.
  4. Kemudian tuangkan hasil blend ke dalam mangkuk telur tadi. Kacau hingga sebati.
  5. Tapiskan campuran adunan ke dalam loyang yang ada kramel.
  6. Kemudian kukuskan selama 45 minit sehingga puding masak. 
  7. Pastikan acuan puding ditutup dengan kain bersih @ aluminium foil.
  8. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
Ta.....da!!!!!!! Nilah hasilnya. First time buat sendiri, tak mengecewakan. Hasilnya cukup memuaskan hati, rasanya sedap dan tak rugi kalau mencubanya. 

Erm.....!!!!!  Sedapnya, especially bila dah dikeluarkan dari peti sejuk.

Saturday, 14 April 2012

Puding Si Bunga Ros

Assalamualaikum. Sebulan tak update blog.....!!!! Minta maaf banyak2 pada pengunjung blog, yer!!!!! Apa boleh buat, mak oii....!!!!! Sibuk memanjang sebulan yang lepas. Sibuk dengan budak nak periksa, ada yang ambil result SPM, sibuk buat order orang and last sekali pergi bercuti ke Miri secara berkonvoi dengan keluarga. Sepupu sebelah Mah, kahwin tanggal 1 April 2012 yang lepas. Tak lupa, ucapan tahniah pada anak mak, Aiman Zawani kerana meraih keputusan yang cemerlang dlm SPM lepas. Apa pun dengan kesempatan yang ada, apa lagi.......Mah nak gunakan untuk tebus balik hari2 yang terlepas sebelum ni. 

Sebenarnya, ni..resepi lama dari simpanan emak Mah. Acuan pun hak milik mutlak orang tua....Tapi tak apa kan!!! Anak mak, dah minta izin pakai.

Jom kita layan resepi kali ni......!!!!!! Puding Si Bunga Ros. Resepi retro, nama pun mesti retro kan!!!!!...Hihihi....!!!!! Tapi retro2 pun tetap evergreen n up-to-date.......kan!!!! Dalam up-to-date... hehehe........ tercari2 juga mana Mah simpan acuannya.....!!!!!


Puding Si Bunga Ros
Sumber : Resepi Mak (Puan Saniah Uni)

Ni..lah  rupanya Acuan Bunga Ros


Bahan2nya:

30 gm agar-agar
6 1/2 gelas air
4 biji telur
2 gelas gula pasir
1 sudu makan mentega
1sudu makan tepung jagung @ kastard
1/2 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla


Cara2 Membuatnya:

  1. Masakkan agar2 dengan 6 1/2 gelas air sehingga larut.
  2. Sementara menunggu agar2 masak, pukulkan telur dengan gula sampai putih.
  3. Masukkan sesudu makan mentega dan gaul sampai rata.
  4. Selepas itu, masukkan pula susu cair dan tepung jagung @ kastard. Gaul adunan tadi sampai sebati.
  5. Masukkan adunan ini kedalam agar2 yang dimasak tadi.
  6. Gaul rata2 dan biarkan sehingga agar2 tadi agak pekat.
  7. Akhir sekali masukkan esen vanilla. 
Cara2 Mewarnakan Puding:

  1. Cara pertama, masukkan adunan agar2 tadi ke dalam acuan Bunga Ros. 
  2. Biarkan sehingga sejuk, baru masukkan ke dalam peti ais. 
  3. Bila agar2 dah agak keras, keluarkan dari acuan. 
  4. Dengan menggunakan berus kuih yang lembut, warnakan bahagian tadi mengikut bentuk acuan.
  5. Bentuk bunga ros, warnakan merah, bentuk daun, warnakan hijau dan bahagian tepi acuan, warnakan mengikut selera masing2. 
  6. Kadang2, kalau susah nak cari berus kuih, gunakan cotton bud....yang dijamin bersih jer tau..!!! Hihihi..Gurau jer!!! Celupkan cotton bud ke dalam pewarna yang dikehendaki dan mulakan kerja mengecat anda...!!!! Selamat Berjaya!!! Inilah cara ni paling mudah, senang dan cepat!!!!!! Tak caya...cuba!!!!
Lebihan adunan, masukkan ke dalam acuan segiempat biasa yang kecil.
  1. Cara kedua, ambilkan sedikit agar2 tadi dan bahagikan kepada 3 warna, merah, hijau & kuning.
  2. Tompokkan warna2 tersebut ke dalam bentuk acuannya. 
  3. Tunggu sehingga bentuk tersebut agak keras, baru masukkan warna asal bagi menutupi keseluruhan acuan.
  4. Erm....tapi cara ni..mungkin agak susah bagi kebanyakkan orang...Kalau betul angkat tangan!!! Hihihi....

~ Selamat Mencuba Resepi Retro..ni ~

Monday, 12 March 2012

Sayur Kacang Buncis Campur


Assalamualaikum,

Salam ceria buat pengunjung blog, semoga hari ini dan hari2 mendatang menjadikan kita lebih baik dari semalam dan semoga amalan kebaikan kita semakin bertambah dari sehari ke sehari. Bila ingat surah Yasin, pada bacaan ayat ke-12; "Sesungguhnya kami menghidupkan orang2 yang mati, dan kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang telah mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap2 sesuatu kami catatkan satu persatu dalam kitab yang jelas nyata". Ya Allah, Allah benar2 sentiasa mengingatkan manusia akan setiap perkara kejahatan yang dilakukan pasti mendapat siksaan balasanNya. Astaghfirullah dan Na'uzubillah, semoga kita sentiasa mendapat perlindungan Allah dari setiap  kejahatan dan dari setiap kebatilan. Amin..........3x . Tebarkankanlah ilmu walaupun hanya dengan sepotong ayat.   

Posing dekat sikit...hihi...sampai menyenget ambil gambar!!!
Jom kita berbalik pada resepi masakan kali ni. Sayur Kacang Buncis Campur. Asalnya nak masak Sayur Kacang Buncis Tumis Telur jer...!!!! Bila tengok dalam peti ais tu...adalah saki baki  carrot, mushroom kering dan putik jagung. Apalagi, tukar plan...lah!!!!! Hihihi.....kesian tengok anak teruna Mah...yang sorang tu. Yalah orang baru jer balik dari mengail......dahlah tak dapat ikan....anak udangnya jadi mangsa masakan maknya......Tapi tak apa kan...bang!!!!! Dapat pahala lebih berbakti pada ibu tersayang...Hihihi.....Jangan marah ya Bang Hisyam. (Panggilan untuk anak bujang Mah) 

Bahan2nya:




Satu lagi sesi....close-up 

Sayur Kacang Buncis Campur

500gm kacang buncis
Semangkuk kecil udang
1 batang lobak merah (Potong ikut suka)
1 bungkus putik jagung (Potong ikut suka)
4/5 butang mushroom kering (Rendamkan)
1 batang cili merah (Hiris memanjang)
Minyak untuk menumis

3 ulas bawang putih (Tumbuk)
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cair
1 sudu makan serbuk ikan bilis (boleh guna kiub)
1 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan 1/2 cawan air)
Serbuk lada putih
Sedikit gula

Cara2 Membuatnya:
  1. Sebelum tu....celurkan lobak merah dan putik jagung ke dalam air mendidih yang telah dicampur dengan sedikit minyak zaitun dan garam. Celur kejap jer......Angkat dan tuskan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuning2an. 
  3. Masukkan udang dan tumis hingga nampak kekuning2an.
  4. Lepas tu...masukkan serbuk ikan bilis dan sos tiram. Kacau hingga rata.
  5. Masukkan pula kacang buncis dan balik2kan sayur tu.
  6. Masukkan bancuhan tepung jagung tadi dan sos cair. Kuar rata2.
  7. Akhir sekali, masukkan pula lobak merah, putik jagung dan mushroom.
  8. Taruh serbuk lada dan sedikit gula.
Dah pun siap untuk dihidang buat keluarga tersayang!!!!

Hihi...saya yang di aim benar...tu......apalagi, kalau tak putik jagung dan udang tu!!!!!!!!

Sunday, 11 March 2012

Sayur Kacang Campur Udang



Hihihi....Posing....ikut cara lain....sebab tu colour nampak berbeza!!!!!!
Salam semua, buat pengunjung blog. Alhamdulillah kita masih dapat bernafas lagi di bumi Allah yang Maha Luas ni.....setelah seketika kita dimatikan buat sementara waktu di alam tidur. Sesungguhnya Allah berkuasa menahan roh kita....seandainya takdir hidup kita masih ada, maka dilepaskanNya, maka dengan itu kita masih hidup....Tapi apa akan terjadi seandainya Allah menahan roh kita dan ditakdirkan hidup kita tamat untuk hari itu.....Soalnya, telah bersediakah kita melalui alam itu???????.....Alam yang tiada apa dapat membantu melainkan hanya amalan kita......Kerana itulah Islam mengajar kita bersyukur kepada nikmat Allah.....dan di antaranya, Islam mengajar kita membaca doa sebelum tidur..!!!!
"Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan aku mati" ~ Doa yang selalu kita baca:

"Ya Allah, dengan nama-Mu aku meletakkan bahuku, dan dengan nama-Mu aku mengangkatkannya. Jika Engkau menahan rohku (mematikannya) maka berilah rahmat kepadanya, Dan jika Engkau menghidupkannya, maka jagalah dia sebagaimana Enkau menjaga hamba-hamba-Mu yang soleh." ~ Ni...satu lagi doanya.....
Dan kemudiannya, Allah menghidupkan kita kembali setelah terbangun dari tidur.....Kerana itu jualah Islam mengajar kita untuk bersyukur kepada Allah atas hari2 yang telah Allah panjangkan usia kita....Doa Bangun tidur;
"Segala pujian bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali, sesudah tadinya mematikan kami. Dan kepadaNyalah tempat kembalinya kami.


Minta maaf ya...bercerita pasal hidup mati ni....!!!!! Hari ini kan......11 Mac 2012, genap setahun....Tsunami melanda Jepun....Ketika orang lain bertafakkur dengan cara tersendiri...maka kita pula kenalah saling ingat-mengingati di antara satu sama lain. Rakyat Jepun memang tabah....Solute to them...!!!! Mudah2an Allah tebarkan hidayahNya kepada rakyat Jepun untuk kembali kepada agama fitrah.

Sebenarnya, entry hari ni......Mah masakkan sayur yang simple jer...Kadang2 benda yang kita masak simple, boleh menyenangkan orang2 yang baru nak belajar memasak terutamanya bagi anak2 gadis. Macam kita dulu jugak.....kejap2 kita tanya mak....Mak macam mana nak buat ni???? Sayur nak potong macam mana, bawang berapa banyak, garam nak letak berapa sudu.....Alahai sabar jer mak kita......!!!!!! Itulah mak kita....orang yang paling bersabar dengan kerenah anak2nya....Mudah2an Allah membalas jasa ibu kita dengan kebaikan yang tak putus2.....Mudah2an jua Allah menganda2kan pahala ibu kita.... Amin....3x

Jom kita tengok dulu bahan2nya :

Sayur Kacang Campur Udang

500gm kacang panjang
Semangkuk udang (Mah tak kupas kulitnya)
1 sudu teh serbuk kunyit (untuk digaul dengan udang tadi)
Garam dan aji (Mah tak guna aji, boleh ganti dengan gula sedikit)
Minyak untuk menumis

 Bahan untuk ditumbuk:
2 batang cili merah
3 ulas bawang merah (sedang besar)
1 ulas bawang putih

Cara2 Membuatnya:
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi, sehingga naik baunya.
  2. Kemudian masukkan udang yang telah digaul dengan serbuk kunyit tadi.
  3. Balik2kan, dah nampak udang agak kekuning2an sedikit, masukkan sayur.
  4. Gaul sehingga rata, tambahkan sedkit air untuk kuahnya. Nak tumis kering pun boleh.
  5. Masukkan garam dan aji serta sesuaikan rasanya.
Senang tak!!!!!! Semoga ilmu yang serba sedikit ni...dapat mendatangkan manfaat pada semua orang.....Amin.....3x

Sayur simple jer.....buat yang nak belajar

Tuesday, 6 March 2012

Kari Ikan Talang-Talang





Hihihi.....sempat berposing ko ikan sebelum dingap sayot.....!!!!!! Opss...Baca Bismillah disudahi dengan Alhamdullillah atas rezeki pemberian Allah (swt)

Sebenarnya, semalam lagik nak update, tapi tak sempat. Aduhai letihnya, terasa sangat. Yalah, balik kerja dalam kol 5:15pm, kena bergegas ambil anak balik sekolah!!!! Tup..tup.. sampai rumah kena berebut pula dengan masa untuk memasak dan solat Maghrib. Ni......lah rutin harian yang kebanyakannya dilalui oleh suri rumah yang bekerja. Tapi tak apa kan!!!!!!.....Ganjaran dari Allah untuk para isteri dan para ibu tinggi nilainya di sisi Allah. Setiap kerja yang kita buat semuanya mendapat perhitungan pahala dari Allah Yang Maha Esa. Berbahagialah menjadi seorang wanita, ibu serta isteri.

K. Berbalik pada post masakan, semalam Mah masakkan ikan talang-talang untuk santapan keluarga. Fikir punya fikir, last2 buat decision masak kari jer....lah. Alahai.....bila dah time nak masak nie, mulalah panggil anak minta tolong ambilkan daun kari depan rumah tu. Hehehe....bukannya tanam di halaman rumah pun, tanam dalam pasu jer...... Janji ada daun kari...!!!!! Kesian.....dalam gambar tak nampak daun karinya, yalah daunnya kecil molek jer.....biasa duduk dalam pasu ...manalah dapat membesar secara sihat seperti spesis sejenisnya. Hihihi....Tapi jangan tak tau....tak ada yang dapat mengatasi kudrat baunya.... yang wangi bila ditumis.....Itulah kelebihan yang Allah jadikan pada setiap ciptaanNya.

Jom kita tengok dulu bahan2 masakannya:

Kari Ikan Talang-Talang

Hai....Tunggu masa jer..lah ko ikan...nak di........!!!!!!!!
5 ekor ikan talang-talang (sederhana besar)
3 sudu makan serbuk kari ikan adabi
1 cawan air (untuk bancuh kari)
1 sudu makan cili kisar/cili boh
1/2 paket santan
1/2 cawan air asam jawa
Garam & aji ~ Mah ganti aji dengan gula
Minyak untuk menumis

Hiasan :
2 biji buah tomato (belah 4)
1 batang cili merah (hiris memanjang)
1 batang cili hijau (hiris memanjang) ~ takda stok
Daun Bawang

Bahan Tumis : (Ikut pilihan ~ nak tumbuk @ hiris)
4 biji bawang merah (sedang besar)
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang bakong (dihiris bulat)
1 inci halia
2 pelepah daun kari
1 camca teh  rempah halba campuran

Cara2 memasak :


  1. Siangkan ikan dan basuhkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan baunya.
  2. Tumbuk halia, bawang merah dan bawang putih.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan hirisan daun bakong, bahan tumbukkan tadi, rempah halba dan daun kari.
  4. Tumis sehingga bangkit baunya.
  5. Setelah itu masukkan bancuhan kari, kuar rata2 sehingga keluar minyaknya.Tambahkan sedikit air.
  6. Masukkan ikan ke dalam kuali. Gaul perlahan2. Biarkan sebentar dan balik2kan.
  7. Jika kurang air, tambahkan sedikit. Masukkan santan dan air asam jawa.Sesuaikan rasa garam dan masukkan gula sedikit. Last sekali masukkan buah tomato.

Dah siap, hiaskan dan hidang untuk santapan keluarga.


Selamat Menjamu Selera Buat Suami & Anak2ku











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...